Kesejahteraan Sosial

06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 167 4. Selain itu, dicadangkan agar indeks ini dibinamenggunakan platform digital agar memudahkan pengguna mengakses borang inventori dan memudahkan proses penilaian serta mendapatkan cadangan intervensi segera melalui penggunaan aplikasi digital atau portal. 5.6 Strategi 4 - Memperkasakan Program Intervensi Pasangan/ Kursus Pra Perkahwinan/ Pasca Perkahwinan Program pra perkahwinan / pasca perkahwinan di Malaysia merupakan inisiatif wajib yang dirancang oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mempersiapkan bakal pasangan suami isteri dengan ilmu dan kemahiran asas untuk menjalani kehidupan berumah tangga. Kursus ini memberi fokus kepada aspek keagamaan, tanggungjawab pasangan, dan pengurusan perkahwinan, bertujuan mengurangkan konflik rumah tangga dan memperkukuh institusi keluarga. Namun, dalam konteks masyarakat moden yang semakin kompleks, kursus ini perlu diperluas dan diperkasakan agar lebih relevan dan komprehensif dalam menangani cabaran perkahwinan masa kini. Cadangan memperkasakan program perkahwinan/ kursus pra perkahwinan/ pasca perkahwinan adalah seperti berikut; 1. Modul sedia ada perlu diperluas untuk merangkumi isu-isu semasa seperti pengurusan kewangan keluarga, komunikasi berkesan, pengurusan emosi dan penyelesaian masalah. 2. Melibatkan pakar-pakar seperti ahli psikologi, kaunselor keluarga dan perunding kewangan Islam untuk memberikan pandangan lebih menyeluruh kepada pasangan. 3. Pendekatan pengajaran perlu lebih interaktif dengan mengadakan bengkel, kajian kes dan permainan peranan ( role play ). 4. Melaksanakan inventori penilaian pra dan pasca kursus pra perkahwinan/ pasca perkahwinan bagi menilai keberkesanan kursus tersebut. Dengan memperkasakan kursus pra perkahwinan/ pasca perkahwinan dapat membangunkan institusi keluarga yang lebih kukuh, harmoni dan sejahtera. Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepadabakal pasangan, tetapi jugakepadamasyarakat keseluruhannya dengan memastikan perkahwinan yang berkualiti menjadi asas kepada pembangunan negara.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy