Kesejahteraan Sosial

168 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 5.7 Strategi 5 - Pemerkasaan Golongan Bapa Pada masa kini, peranan kaum lelaki dalam menjadi ketua keluarga dan mengemudi rumah tangga kian pudar. Justeru, kertas polisi ini mencadangkan agar suatu badan khusus diwujudkan bagi mengawal selia peranan serta fungsi kaum lelaki di dalam institusi rumah tangga. Penubuhan badan ini diharapkan dapat berfungsi sebagai suatu badan yang dapat; 1. Menyediakan garis panduan: Merangka panduan dan polisi untuk kaum lelaki dalam menjalankan tanggungjawab rumah tangga. 2. Menyediakan sokongan: Menawarkan kaunseling, latihan, dan bantuan kepada kaum lelaki untuk memperbaiki peranan mereka dalam keluarga. 3. Memantau dan menilai: Memastikan kaum lelaki melaksanakan tanggungjawab rumah tangga melalui penilaian dan intervensi jika perlu. 4. Menggalakkan kesedaran: Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan peranan lelaki dalam rumah tangga melalui kempen dan pendidikan Melalui penubuhan badan khusus ini, diharapkan agar ia dapat meningkatkan kesedaran dan penglibatan kaum lelaki dalam urusan rumah tangga, termasuk di dalam aspek penjagaan anak, regulasi emosi, dan sokongan keluarga. Dalam masa yang sama, isu stereotaip gender yang sering meletakkan tanggungjawab keluarga sepenuhnya kepada wanita juga dapat turut diselesaikan. 6.0 PENUTUP Pembinaan model ini menjadi panduan kepada pasangan untuk mencapai kesejahteraan dan mengelak daripada berlakunya konflik dalam rumahtangga. Model ini dapat dijadikan sebagai alat bantu dan garis panduan kepada badan-badan yang bertanggung jawab dalam merangka modul, dasar dan polisi yang lebih komprehensif dan bersepadu bagi membantu rakyat mengatasi konflik perkahwinan. Di samping itu, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy