Kesejahteraan Sosial
166 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL besar. Selepas ujian, pasangan boleh berbincang dengan kaunselor ataumengikuti program tertentu untukmengukuhkan aspek pengurusan rumah tangga yang lemah. Sesi susulan ini bertujuan memberi panduan dan strategi kepada pasangan untuk meningkatkan kebahagiaan mereka. Jika keputusan ujian tertentu menunjukkan tahap stres yang tinggi dalam perkahwinan, pasangan boleh diberi latihan pengurusan konflik atau mengikuti program terapi pasangan untuk meningkatkan kualiti hubungan mereka. Saringan ini hendaklah mudah diakses di mana-mana jabatan/institusi berkaitan keluarga dan masyarakat. 5.5 Strategi 3 - Penambahbaikan dalam Indeks Kesejahteraan Keluarga Indeks Kesejahteraan Keluarga (IKK) yang dihasilkan oleh LPPKN merupakan inventori pentinguntukmenilai tahap kesejahteraan keluarga di Malaysia. Walaupun ia menyediakan panduan asas, terdapat ruang untuk penambahbaikan bagi memastikan ia terus relevan, inklusif, dan menyeluruh. Indeks sedia ada hanya mencakupi tujuh domain iaitu hubungan kekeluargaan, ekonomi keluarga, kesihatan keluarga, keselamatan keluarga, keluarga dan komuniti, keluarga dan agama/ kerohanian serta perumahan dan persekitaran. Justeru, kertas polisi ini mencadangkan agar penambahbaikan terhadap IKK ini dilaksanakan dengan membuat penambahan dimensi baharu ke dalam Indeks ini. Dimensi tersebut adalah: 1. Dimensi digital dan teknologi keluarga: Dimensi ini perlu ditambah bagi menilai pengaruh teknologi terhadap komunikasi dan hubungan keluarga. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengukur penggunaan teknologi yang sihat dalam rumah tangga, termasuk literasi digital ibu bapa dan anak-anak. 2. Dimensi keseimbangan kerjaya-keluarga: Dimensi ini digunakan untuk menilai kemampuan keluarga dalam mengimbangi tanggungjawab kerja dan keluarga. Ia boleh melibatkan indikator seperti fleksibiliti waktu kerja, sokongan tempat kerja, dan kualiti masa bersama. 3. Dimensi kesihatan mental dan emosi: Dimensi ini diwujudkan untuk mengukur tahap kesihatan mental ahli keluarga. Indeks ini dapat ditambahbaik dengan memasukkan penilaian terhadap tekanan, kebahagiaan dan sokongan emosi dalam keluarga.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy