Kesejahteraan Sosial
06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 165 Women’s Aid Organisation (WAO), Pertubuhan Kasih Keluarga Malaysia (KASIH), Malaysian Mental Health Association (MMHA), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan agensi lain untuk turut sama terlibat dalam pengaplikasian model ini. Perkara kedua adalah berkaitan aspek lantikan dan latihan kepada pegawai yang akan terlibat di dalam program intervensi berasaskan konflik rumah tangga seperti kaunselor, pegawai runding cara dan pejabat agama. Pihak berkuasa di Jabatan Agama Islam Negeri disarankan untuk mengadakan perbincangan dan mengadakan kerjasamabersamabadan-badanyangtelahdinyatakanbagimerangka pelan dan strategi dalam membina modul dan garis panduan baharu berdasarkan model yang telah dicadangkan. Selain itu, jawatankuasa perundingan pakar juga haruslah dibentuk bagi membantu pihak berkuasa merealisasikan kesemua cadangan yang telah dikemukakan ini. Setelah itu, kursus secara berkala (seperti mengadakan bengkel latihan Training of Trainer -TOT) dan penyediaan garis panduan yang komprehensif perlu disediakan kepada pegawai yang telah terpilih agar objektif yang telah disasarkan dalam menangani konflik perkahwinan dapat dicapai dengan jayanya. Perkara terakhir dalam aspek pembangunan modul baharu ini adalah berkisar kepada aspek peruntukan kewangan yang perlu disediakan dengan secukupnya agar setiap proses berkaitan dengan penyediaan modul, pelaksanaan latihan dan kursus bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan pegawai yang terlibat, serta pelaksanaan modul kelak dapat berjalan dengan lancar. 5.4 Strategi 2 - Saringan Ujian Psikometrik Kebahagian Secara Berkala kepada Pasangan Bagi memastikan kesejahteraan dan keharmonian dalam perkahwinan, polisi ini mencadangkan agar pasangan menjalani saringan ujian psikometrik secara berkala/tahunan. Saringan ini bertujuan untuk menilai tahap kebahagiaan, kesejahteraan emosi dan keharmonian hubungan secara berkala. Melalui ujian ini, pasangan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kebahagiaan seperti komunikasi efektif, sokongan emosi dan kepercayaan. Penilaian berkala ini juga membantu mengesan masalah kecil sebelum menjadi lebih
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy