Kesejahteraan Sosial

164 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.1 Main peranan ( role play ) akhlak mulia dalam kehidupan harian. Penekanan aspek sabar, menjaga lidah dan hormat- menghormati terhadap pasangan. 4.2 Menyediakan jadual ibadah bersama seperti menetapkan hari- hari tertentu untuk berpuasa sunat bersama dan berbuka bersama. 5. Pengukuhan komponen kewangan dan kerjaya terdiri daripada ekonomi keluarga dan keseimbangan gaya hidup dan pekerjaan. Sumber pendapatan yang tetap dan mencukupi merupakan keperluanasasdalammemastikankesejahteraankeluargadiperolehi. Selain itu, elemen keseimbangan gaya hidup dan pekerjaan perlu diambil kira untuk menjaga kualiti hubungan berpasangan dan meningkatkan keharmonian rumah tangga apabila keseimbangan ini dapat dicapai. Antara aktiviti yang boleh dijalankan dalam aspek ini adalah; 5.1 Peta Kewangan Keluarga: Pasangan didedahkan berkaitan kaedah membuat bajet bulanan yang realistik, termasuk peruntukan untuk simpanan kecemasan. 5.2 Latihan penyelesaian masalah kewangan dan pengurusan hutang. 5.3 Jadual fleksibel keluarga dan kerjaya melalui aktiviti seperti mencipta jadual mingguan yang merangkumi masa untuk kerja, keluarga, dan aktiviti individu serta mewujudkan hari “Tanpa Kerja”, di mana pasangan menetapkan satu hari khusus untuk aktiviti keluarga tanpa gangguan kerja. 5.4 Latihan pengurusan masa berkesan. Walaubagaimanapun, bagimenghasilkandanmelaksanakanmodul berasaskan Model Kebahagiaan Pasangan ini, beberapa cabaran harus diperhalusi dan diselaraskan terlebih dahulu. Perkara pertama adalah berkaitan agensi yang bertanggungjawab bagi menjayakan cadangan ini. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dilihat sebagai agensi yang paling sesuai menjadi peneraju utama dalam pengaplikasian model ini. Selain itu, digalakkan juga penyertaan daripada badan-badan kerajaan lain seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan mahkamah syariah serta badan-badan bukan kerajaan seperti

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy