Kesejahteraan Sosial
06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 163 berpegang kepada matlamat bersama dan bertahan dalam menghadapi cabaran. Komponen ini bertujuan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh pasangan suami isteri dalammembina hubungan yang stabil dan harmoni melalui pendekatan yang lebih komprehensif, praktikal dan relevan dengan keperluan masyarakat moden masa kini. 2.1 Jemputan panel pakar untuk memberi input dan beberapa aktiviti untuk mengukuhkan elemen kepercayaan dan komitmen pasangan 2.2 Latihan penyelesaian konflik bersama pasangan. Latihan dijalankan untuk menyelesaikan konflik dengan cara yang berkesan di mana pasangan belajar teknik-teknik komunikasi yang membolehkan mereka berunding dan mencari jalan penyelesaian tanpa menjejaskan hubungan mereka. 3. Pengukuhan komponen emosi melalui regulasi emosi dan hubungan positif disarankan untuk membantu pasangan menguruskan emosi dengan lebih efektif dan membina hubungan yang lebih positif dalam kehidupan seharian. Oleh itu, komponen ini bertujuan untuk memberikan pendekatan yang lebih praktikal danmenyeluruh dalam menangani isu-isu emosi khususnya dalam konteks keluarga. 3.1 Penyediaan modul regulasi emosi - modul ini diasaskan dengan panduan teknik regulasi emosi yang betul untuk membantu pasangan mengendalikan emosi di saat emosi bercelaru dan mengalami ketidakstabilan emosi. 3.2 Kit emosi bahagia - penyediaan tips emosi bahagia merupakan buku nota kecil yang mudah dibawa ke mana sahaja sebagai jurnal peribadi/ rujukan untuk membantu pasangan mengamalkan cara yang betul mengendalikan emosi. 4. Pengukuhan komponen keagamaan terbina dengan elemen pengamalan agama dan akhlak. Elemen pengamalan agama ini penting diterapkan dalam kehidupan berkeluarga. Pengamalan agama yang baik dan sempurna membantu perjalanan hidup lebih tenang dan bahagia serta mendapat keredaan Allah swt. Terdapat beberapa cadangan manual modul yang boleh membantu meningkatkan pengamalan agama dan akhlak pasangan iaitu;
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy