Kesejahteraan Sosial

162 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Rajah 4.0 : Pembinaan Modul Kebahagiaan Rumah tangga Holistik 1. Pengukuhan komponen interpersonal melalui komunikasi berkesan serta sistem sokongan dan hubungan sosial yang positif dicadangkan untuk meningkatkan kualiti hubungan suami isteri dan keluarga. Komunikasi berkesan ini memberi fokus kepada pembangunan kemahiran komunikasi asertif (terbuka) dan empati kepada pasangan manakala sistem sokongan dan hubungan sosial positif bertujuan memberi penekanan kepada pentingnya membina rangkaian sokongan yang kukuh terhadap keluarga, rakan-rakan dan komuniti. Misalnya komponen interpersonal ini dapat diterjemahkan dengan mewujudkan aktiviti-aktiviti berikut; 1.1 Latihan kemahiran komunikasi berkesan- menjalankan aktiviti seperti menyatakan apa jua perasaan atau pandangan tanpa sebarang prasangka dan menggalakkan kemahiran mendengar 1.2 Pengukuhan sistem sokongan keluarga dan rakan-rakan. Pasangan diminta untuk mengenal pasti dan menghubungi keluarga atau rakan-rakan yang boleh memberi sokongan psikologi. 2. Pengukuhan komponen kendiri melalui kepercayaan dan komitmen dalam modul kebahagiaan perkahwinan. Kepercayaan adalah elemen penting yang memastikan hubungan perkahwinan kekal kukuh dan bebas dari rasa curiga dan berlakunya konflik. Tambahan pula, komitmen berperanan untuk memastikan pasangan kekal

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy