Kesejahteraan Sosial

06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 161 Islam (JAKIM), namun pengisiannya tidak bersifat holistik kerana mengetengahkan secara umum berkaitan aspek pengurusan kesihatan keluarga, pengurusan kewangan keluarga, motivasi dan pengurusan psikologi serta pengurusan stres melalui ibadah dalam rumah tangga. Pengisian modul lebih tertumpu kepada aspek teori. Manakala aspek praktikalnya pula hanya sedikit. Pembinaan Model Kebahagiaan Pasangan ini, modifikasi dan penambahbaikan terhadap modul sedia ada dapat dijalankan berdasarkan kepada komponen-komponen yang telah ditekankan di dalam Model Kebahagiaan Pasangan. Hal ini amatlah penting dalam memastikan modul pengurusan krisis/ konflik rumah tangga yang lebih komprehensif dan praktikal dapat dihasilkan dan diterapkan kepada pasangan yang sedang mengalami konflik rumah tangga yang seterusnya membawa kepada penurunan kadar perceraian di Malaysia. Setelah menganalisis daripada pelbagai dimensi dan penghasilan Model Kebahagiaan Pasangan, penulisan polisi ini mencadangkan agar pengukuhan kepada lima komponen utama pembangunan modul baharu adalah seperti yang disenaraikan dalam Rajah 4.0 untuk diaplikasikan dalam setiap dasar atau intervensi perkahwinan di Malaysia. Sehubungan itu, pembinaan Model Kebahagiaan Pasangan yang telah dihasilkan melalui kajian ini dapat menjadi asas bagi modifikasi dan penambahbaikan kepada modul-modul sedia ada. Ini penting bagi memastikan satu modul pengurusan konflik rumah tangga yang lebih komprehensif, praktikal dan berfokus kepada keperluan pasangan dapat dibangunkan dan diaplikasikan dalam pelbagai konteks intervensi. Matlamat utamanya ialah untuk memperkasakan institusi perkahwinan dan seterusnya menyumbang kepada pengurangan kadar perceraian di Malaysia. Berdasarkan analisis pelbagai dimensi serta hasil penggubalan Model Kebahagiaan Pasangan, penulisan ini mencadangkan agar lima komponen utama yang dikenalpasti daripada model tersebut dijadikan asas pengukuhan dalam pembangunan modul baharu untuk diaplikasikan dalam dasar, program, dan intervensi berkaitan perkahwinan di Malaysia.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy