Kesejahteraan Sosial
160 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Hasil daripada dapatan kajian model ini yang dilakukan secara menyeluruh, kertas polisi ini mengutarakan beberapa syor dasar bagi mengatasi konflik perkahwinan yang wujud dalam kalangan pasangan di Malaysia. Berikut merupakan strategi yang disyorkan untuk membantu pihak bertanggung jawab dalam memastikan konflik perkahwinan dapat diselesaikan seperti yang telah digambarkan dalam Rajah 3.0 di bawah. Rajah 3.0 : 5 Strategi Kebahagiaan Rumah tangga 5.3 Strategi 1 - Pembangunan Modul Kebahagiaan Rumah tangga Kertas polisi ini mencadangkan pembangunan modul kebahagiaan rumah tangga yang bersifat holistik sebagai salah satu langkah strategik dalam mengatasi konflik perkahwinan di Malaysia. Terdapat beberapa modul berkaitan pengurusan konflik rumah tangga telah pun dihasilkan oleh badan-badan tertentu yang dilihat hanya menekankan aspek teori yang tertumpu kepada konflik dan krisis rumahtangga, teknik penyelesaian konflik serta aspek komunikasi. Modul ini juga hanya disasarkan khusus untuk pegawai-pegawai yang menguruskan hal ehwal perkahwinan dan perceraian tanpa penglibatan pasangan. Sementara itu, terdapat juga kursus pasca-perkahwinan Islam yang mengguna pakai modul yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy