Kesejahteraan Sosial

06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 159 5.2 Analisis Eliminate , Reduce , Raise , Create (ERRC) Analisis Eliminate , Reduce , Raise , Create (ERRC) merupakan suatu kerangka strategik yang menilai secara sistematik tindakan yang perlu dilaksanakan bagi menghasilkan syor dasar iaitu menghapuskan ( eliminate ), dikurangkan ( reduce ), ditingkatkan ( raise ), dan dicipta (create). Ia bertujuan menambah nilai ( value-added ) kepada sistem sedia ada melalui analisis dan improvisasi berdasarkan dapatan kajian. Pendekatan ini dapat diaplikasikan sebagai strategi penambahbaikan dalam menangani konflik perkahwinan secara berkesan seperti jadual di bawah: Jadual 7.0 : Jadual ERRC Bagi Mengatasi Isu Konflik Perkahwinan Eliminate • Menghapuskan stigma negatif terhadap kaunseling yang sering menganggap kaunseling adalah untuk individu bermasalah • Hapuskan persepsi gender stereotaip. • Hapuskan budaya menyimpan perasaan tanpa komunikasi terbuka Raise • Meningkatkan kualiti komunikasi di antara pasangan menerusi menghadiri kursus komunikasi • Meningkatkan modal insan yang berkualiti melalui kesejahteraan diri dan pasangan • Tingkatkan akses kepada kaunseling perkahwinan. Reduce • Mengurangkan konflik rumah tangga dan kadar perceraian • Mengurangkan masalah kesihatan mental • Mengurangkan kadar keganasan rumah tangga Create • Membangunkan garis panduan baharu bagi pengurusan konflik rumah tangga • Mencipta keluarga sakinah, mawaddah, warahmah • Memberikan perkhidmatan konsultasi perancangan kewangan yang lebih sistematik dan praktikal. • Aplikasi digital yang menyediakan akses kepada ujian psikologi, direktori perkhidmatan psikologi, pengurusan emosi dan perancangan kewangan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy