Kesejahteraan Sosial
158 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Jadual 6.0 : Faktor-faktor Penyebab Konflik yang Mempengaruhi Kebahagiaan Pasangan Menggunakan Analisis PESTEL Politik ( Politic ) Ekonomi ( Economy ) • Pergolakan politik atau perubahan kepimpinan boleh menimbulkan ketidakpastian ekonomi dan sosial. • Perbezaan ideologi politik membawa kepada ketegangan dalam perhubungan • Perubahan dasar/ polisi berkaitan dengan keluarga • Konflik kewangan sering menjadi punca utama keretakan rumah tangga. • Berlaku inflasi terhadap kewangan pasangan apabila gaji tidak meningkat seiring dengan kos kehidupan seharian. • Kenaikan kos sara hidup dengan tiada peningkatan pendapatan Sosial ( Social ) Teknologi ( Technology ) • Stigma sosial terhadap isu- isu seperti perceraian atau ketidaksuburan memberi kesan kepada kesejahteraan hubungan pasangan. • Mengadakan kempen kesedaran mengenai kepentingan komunikasi dalam perkahwinan. • Pengaruh rakan, peranan media sosial • Walaupun terdapat platform e-kaunseling, ramai pasangan tidak memiliki akses atau kurang kesedaran mengenai platform ini. • Teknostres, nomophobia dan ketagihan gajet juga boleh mengganggu hubungan dalam keluarga Persekitaran ( Environmental ) Perundangan ( Legal ) • Persekitaran yang tidak kondusif seperti tempat tinggal yang padat dan sesak memberi tekanan dalam perhubungan. • Persekitaran keluarga yang toksik. • Masyarakat kurang pengetahuan tentang peranan Hakam dalam menyelesaikan konflik rumah tangga. • Pengurusan proses yang panjang ( delayed ), birokrasi dan sistem memburukkan konflik rumah tangga • Penguatkuasaan terhadap keganasan rumah tangga atau ketidakselarasan undang- undang syariah dan sivil.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy