Kesejahteraan Sosial
06 STRATEGI HOLISTIK MENANGANI KONFLIK PERKAHWINAN 155 Jadual 4.0 : Jadual Sub-tema Bagi Tema Spiritual/Keagamaan Spiritual/Keagamaan Sub-tema 1 (Pengamalan agama) Sub-tema 2 (Nilai & Akhlak) Elemen spiritual/agama merupakan antara perkara asas dalam membantu membina kesejahteraan hidup berkeluarga. Kenyataan- kenyataan di atas menunjukkan pemikiran subjek kajian berkaitan elemen kesejahteraan keluarga. Terdapat pelbagai konsep, nilai dan amalan dalam agama yang membantu dalam menguruskan konflik dengan baik. Antara nilai spiritual yang perlu ada dalam menyelesaikan konflik rumah tangga adalah sifat takwa. Takwa disimpulkan sebagai melakukan amar ma’ruf (mengajak kepada kebaikan) dan nahi munkar (mencegah kemungkaran) di samping mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat (Zulkifli, 2022). Manakala konsep takwa dalam rumah tangga pula apabila pasangan suami isteri melaksanakan segala perintah Tuhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Bahkan Allah menjanjikan jalan keluar terhadap segala kesulitan dan dikurniakan kesenangan dalam kehidupan orang yang bertakwa seperti firman Allah dalam surah at- Talaq (ayat 2 hingga 3). Selain sifat takwa, sabar juga merupakan nilai penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Menurut Yulia (2020), sabar adalah menahan diri daripada segala hawa nafsu sehingga terwujudnya sesuatu yang baik. Sabar juga menjadi salah satu strategi daya tindak dalam menghadapi masalah hidup seperti firman Allah dalam surah al Baqarah (ayat 45 hingga 46). Perkara ini juga disokong oleh dapatan kajian yang dilakukan Baharudin et al. (2018) yang menyatakan bahawa sabar termasuk dalam nilai-nilai akhlak. Elemen ini juga disebutkan oleh informan kajian bagi menghadapi isu atau krisis dalam perkahwinan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy