Kesejahteraan Sosial
156 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.5 Kewangan dan Kerjaya Tema kelima yang diperoleh dari kajian ini adalah elemen kewangan dan kerjaya dengan dua sub-tema iaitu ekonomi keluarga serta keseimbangan gaya hidup dan pekerjaan. Majoriti subjek kajian menyatakan bahawa kewangan dan kerjaya antara faktor penting yang menyumbang kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. Jadual 5.0 : Jadual Sub-tema Bagi Tema Kewangan dan Kerjaya Kewangan dan Kerjaya Sub-tema 1 (Ekonomi keluarga) Sub-tema 2 (Keseimbangan hidup dan pekerjaan) Ia menunjukkan bahawa elemen kewangan dan kerjaya sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kesejahteraan perkahwinan. Kekangan kewangan dan pelbagai pekerjaan yang dilakukan untuk menambah baik ekonomi keluarga dapat mengorbankan keseimbangan gaya hidup seseorang sekali gus memberi impak kepada seluruh keluarga termasuk pasangan dan anak-anak. Menurut kajian yang dilakukan oleh Shamsudin (2003), faktor ekonomi menjadi penyebab kepada konflik rumah tangga apabila suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap atau pendapatan yang tidak mencukupi. Hal ini menyebabkan suami gagal dalam menguruskan kewangan rumahtangga dengan berkesan. Kegagalan menguruskan kewangan termasuk gagal dalam menyediakan pakaian, makanan, dan tempat tinggal untuk ahli keluarga seperti isteri dan anak-anak. Tidak dapat dinafikan bahawa situasi ini berlaku dalam masyarakat kita terutamanya dalam kalangan B40 dan selepas serangan COVID-19 yang memberi implikasi besar terhadap sektor pekerjaan juga memburukkan lagi keadaan (Hasbulah et al., 2022). Selain itu, tekanan kewangan sering mengakibatkan pasangan terpaksa bekerja lebih keras yang mengganggu kualiti masa bersama (Zarinah et al., 2018). Keseimbangan yang baik antara tanggungjawab kerja dan kehidupan peribadi bukan sahaja meningkatkan kepuasan perkahwinan, tetapi juga kesihatan mental dan fizikal pasangan (Suzana et al., 2020). Laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy