Kesejahteraan Sosial

154 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.3 Emosi Tema seterusnya yang diperolehi adalah emosi dengan sub-tema regulasi emosi dan hubungan positif. Rata-rata pasangan yang ditemubual bersetuju bahawa kawalan emosi yang baik danmempunyai hubungan yang positif memberi pengaruh kepada kesejahteraan keluarga. Jadual 3.0 : Jadual Sub-tema Bagi Tema Emosi Emosi Sub-tema 1 (Regulasi emosi) Sub-tema 2 (Hubungan positif) Daripada pernyataan tersebut, terbukti bahawa elemen emosi memainkan peranan penting dalammengekalkan kesejahteraan dalam sesuatu hubungan. Kajian yang dijalankan oleh Shahid dan Kazmi (2016), menunjukkan bahawa regulasi emosi menjadi faktor utama yang menjamin kepuasan dalam perkahwinan ( marital satisfaction ). Selain itu, dapatan kajian juga turut mendapati bahawa lelaki dapat menguasai emosi dengan baik berbanding wanita. Apabila seseorang mampu mengawal emosi, ianya menunjukkan bahawa individu tersebut dapat berfikir secara matang dan baik. Hal ini dipersetujui oleh Cherni (2013) yang berpendapat bahawa kematangan berfikir dan mengendalikan emosi adalah saling berkait. Justeru dalam perkahwinanperkara ini perlubagi suami dan isteri dalammenyelesaikan setiap konflik yang melanda secara baik. Rusu et al. (2019) bersetuju dengan beranggapan bahawa suami isteri perlu mengurangkan jumlah emosi negatif melalui kematangan kognitif untuk memastikan rumah tangga harmoni dan sejahtera. 4.4 Spiritual/ Keagamaan Tema keempat yang dihasilkan oleh kajian ini adalah elemen spiritual/ keagamaan dengan sub-tema pengamalan agama dan akhlak. Elemen keagamaan antara elemen yang penting dalam sesebuah hubungan kerana melalui agama, hidup menjadi lebih terarah dan sejahtera.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy