Kesejahteraan Sosial

140 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL mencerminkan keperluan untuk menyemak semula pendekatan sedia ada secara sistematik agar lebih bersifat inklusif, saintifik dan boleh dinilai. 6.0 PENUTUP Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian menunjukkan kanak- kanak prasekolah berjaya menguasai elemen tahu mengenal pasti emosi berdasarkan temubual guru prasekolah. Majoriti kanak-kanak prasekolah mampu meluahkan emosi yang mereka rasai pada saat tersebut serta mempunyai keyakinan di dalam diri untuk tampil ke hadapan apabila nama mereka dipanggil oleh guru prasekolah. Seterusnya, kanak-kanak prasekolah berjaya menguasai elemen tahu memahami emosi terutamanya di dalam emosi asas seperti sedih, gembira, marah dan takut. Berdasarkan pemerhatian penyelidik ketika di kawasan lapangan juga menunjukkan kanak-kanak prasekolah mampu untuk membezakan antara emosi gembira dan teruja, kecewa dan sedih dan sebagainya semasa pelaksanaan modul aktiviti kecerdasan emosi oleh guru prasekolah. Guru prasekolah merumuskan bahawa majoriti kanak-kanak prasekolah menunjukkan perkembangan yang positif yang berlaku dalam diri mereka sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan modul kecerdasan emosi melalui elemen tahu mengawal emosi terutamanya ketika bertindak balas dengan situasi cuaca yang berubah-ubah ketika sesi pembelajaran. Di samping itu, majoriti kanak-kanak prasekolah mampu menguasai elemen tahu mengguna emosi dengan baik dan mampu dipertingkatkan lagi pada masa hadapan. Menurut guru prasekolah, majoriti kanak-kanak prasekolah mampu untuk mengimplimentasi elemen utama di dalam domain tahu mengguna emosi seperti tolong menolong, bekerjasama, bersatu-padu dan bergotong-royong semasa pelaksanaan modul aktiviti kecerdasan emosi ketika di dalam kelas. Secara keseluruhan kanak-kanak prasekolah mencatatkan skor min kecerdasan emosi yang sederhana iaitu 0.56 semasa proses pembelajaran mereka sedang dijalankan. Namun begitu, tahap penguasaan kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah boleh dibanggakan. Di dalam keempat-empat elemen kecerdasan emosi,

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy