Kesejahteraan Sosial

05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 139 Jadual 4.6 Cadangan Strategi Pelaksanaan Pembangunan Kecerdasan Emosi (KE) Dalam Kalangan Kanak-Kanak Prasekolah Berdasarkan Analisis ERRC Komponen ERRC Cadangan Strategik Eliminate (Hapuskan) Menghapuskan pendekatan penilaian KE yang tidak berstruktur dan terlalu subjektif, seperti hanya bergantung kepada persepsi guru tanpa instrumen khusus. Penilaian seperti ini cenderung menyebabkan ketidakseragaman data dan menyukarkan pemantauan perkembangan emosi kanak-kanak. Reduce (Kurangkan) Mengurangkan penggunaan kaedah pengajaran bersifat tradisional yang hanya berasaskan bercerita atau ceramah. Walaupun kaedah ini mempunyai nilai tertentu, ia perlu diseimbangkan dengan pendekatan yang lebih interaktif, berasaskan permainan, dan berpusatkan murid. Raise (Tingkatkan) Meningkatkan kemahiran profesional guru dalam aspek psikologi kanak-kanak, khususnya berkaitan kecerdasan emosi. Ini termasuk pendedahan kepada modul latihan, bengkel pedagogi, serta latihan penggunaan rubrik KE. Sokongan berterusan daripada pentadbiran dan komuniti juga harus diperhebat. Create (Cipta) Mencipta satu modul rubrik KE berasaskan data empirik yang sah dan reliabel, dan diguna pakai secara piawai di semua prasekolah. Selain itu, satu platform digital interaktif boleh dibangunkan untuk memudahkan guru, ibu bapa dan kanak-kanak menilai serta meningkatkan KE secara berterusan. Pendekatan ERRC ini selari dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 dan Rancangan Malaysia Ke- 11 (RMK-11), yang menekankan pembangunan holistik murid. Ia juga

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy