Kesejahteraan Sosial
138 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL jika mereka tidak memahami kepentingan pengintegrasian kecerdasan emosi dalam pendidikan. ● Kesukaran untuk Menjaga Konsistensi: Untuk memastikan kecerdasan emosi diterapkan secara berkesan dalam pendidikan, ia memerlukan pendekatan yang konsisten dari semua pihak yang terlibat, termasuk kerajaan, sekolah, dan ibu bapa. Kekurangan sokongan atau kerjasama antara pihak- pihak ini boleh menjejaskan pelaksanaan program ini. ● Ketidakseimbangan antara Kecerdasan Intelektual dan Emosi: Dalam sistem pendidikan yang sering menekankan kecemerlangan akademik, mungkin terdapat ancaman bahawa kecerdasan emosi akan dipandang rendah atau diabaikan, menjejaskan perkembangan program ini. Dengan analisis ini, kita dapat melihat dengan jelas kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman yang ada berkaitan dengan kajian ini dalam konteks sosial, ekonomi, dan Pendidikan negara. Sebagai pelengkap kepada analisis SWOT, pendekatan Eliminate- Reduce-Raise-Create (ERRC) Grid digunakan untuk merangka cadangan strategi yang lebih tuntas, holistik dan berkesan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pembangunan kecerdasan emosi (KE) dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Jadual 4.6 berikut menunjukkan cadangan strategik tersebut.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy