Kesejahteraan Sosial

136 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 5.0 SYOR DASAR Kajian ini dipercayai memberi impak yang positif dan mampu memberi manfaat dalam mengintegrasikan nilai psikologi dan pendidikan. Walaubagaimanapundari hasil kajian ini, kitabukansahajadapatmelihat dari segi kekuatan cadangan kajian, tetapi juga dapat mengenalpasti kelemahan, peluang serta ancaman yang mungkin timbul daripada cadangan kajian ini dengan mengaplikasikan teknik SWOT ( strengths , weaknesses , opportunities dan threats ). 5.1 Strengths (Kekuatan) ● Pengintegrasian Psikologi dan Pendidikan: Kajian ini menggabungkan nilai psikologi dan pendidikan untuk membina kecerdasan emosi pada kanak-kanak, yang dapat membantu mereka untuk berkembang menjadi individu yang lebih seimbang dari segi intelektual dan emosi. ● Nilai Murni dan Etika: Fokus kepada pembangunan nilai murni seperti integriti, belas kasihan, keadilan, dan altruisme di kalangan kanak- kanak adalah kekuatan utama. Ini dapat membantu dalam pembentukan masyarakat yang lebih beretika dan bertanggungjawab. ● Selaras dengan Matlamat PPPM dan RMK-11: Kajian ini turut menyokong matlamat utama pelan pendidikan dan pembangunan negara, seperti yang dinyatakan dalam PPPM 2013-2025 dan RMK-11, menjadikannya relevan dalam konteks dasar negara. 5.2 Weaknesses (Kelemahan) ● Kesukaran dalam Pengukuran Kecerdasan Emosi: Satu kelemahan yang mungkin timbul adalah sukar untuk mengukur atau menilai kemajuan dalam pembangunan kecerdasan emosi secara objektif. Ini boleh menyukarkan pelaksanaan secara meluas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy