Kesejahteraan Sosial
05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 135 4.2.4 Tahu Mengguna Emosi Melalui domain tahu mengguna emosi, terdapat 3 tahap yang terhasil di dalam hasil kajian ini iaitu: Tahap Tahu Mengguna Emosi Contoh situasi Tahap Pertama (TGE 1) Mempunyai tahap kesabaran yang baik, mampu berdikari, berkeyakinan melakukan sesuatu, kecindan, mampu memupuk semangat perpaduan / kekitaan, mempunyai sikap tolong-menolong, setia kawan dan empati. Aktiviti Gotong-Royong • Murid tahu mengguna emosi dan memahami sifat positif seperti tolong-menolong menjaga kebersihan dan keceriaan kelas. • Memupuk semangat dan sifat positif seperti sabar, bersatu- padu dan tolong-menolong Tahap Kedua (TGE 2) Membolehkan murid Tahu Mengguna Emosi (TGE) iaitu mampu memanfaatkan emosi dalam pelbagai proses aktiviti berfikir seperti dalam proses penyelesaian masalah. Aktiviti Membantu Jiran • Murid tahu mengguna emosi dan menyatakan dengan yakin nilai murni iaitu saling membantu antara jiran yang dalam kesusahan dan dapat menceritakan pengalaman membantu jiran. • Memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong sesama jiran. Tahap Ketiga (TGE 3) Tahu menggunakan emosi sedih sebagai pendorong kepada murid agar melakukan kerja dengan berhati-hati. Begitu juga sebaliknya, emosi gembira sebagai pendorong murid melakukan kerja dengan kreatif dan inovatif. Aktiviti Mari Membina • Murid tahu memahami emosi diri ketika sedih kerana gagal membina huruf daripada ‘doh’ dan berusaha membuat binaan sekali lagi dengan lebih berhati- hati. • Murid tahu memahami emosi diri ketika gembira dan dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan menarik.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy