Kesejahteraan Sosial

05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 125 Analisis data akan menggunakan pengkategorian kualitatif dan analisis tematik. Berdasarkan teknik analisis tematik seperti yang dicadangkan oleh Braun dan Clarke (2006), konstruk yang membina tema pada instrumentasi akan diekstrak berdasarkan elemen KE yang dikaji. Seterusnya, penyelidik memfokuskan analisis tematik terhadap data yangdiperolehdaripada senarai semak pemerhatiandan temubual mengikut kategori yang lebih spesifik bagi menentukan kesahan skala. Kategori tersebut diberi tema tertentu bersesuaian dengan persoalan kajian. 4.0 HASIL ANALISIS 4.1 Skor kecerdasan emosi pada peringkat kanak-kanak prasekolah yang ditonjolkan semasa proses pembelajaran mereka sedang dijalankan Berdasarkanhasil dapatan kajianyangdijalankanolehpengkaji terhadap murid-murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Gong Badak, majoriti murid-murid prasekolah mencatatkan skor keseluruhan kecerdasan emosi pada tahap yang sederhana iaitu kira-kira 14 orang murid-murid prasekolah atau kira-kira 56 peratus daripada 25 orang murid-murid prasekolah yang menguasai keempat-empat domain utama di dalam konstrak kecerdasan emosi. Seterusnya, daripada keempat-empat domain utama di dalam konstrak kecerdasan emosi, domain tahu mengawal emosi (TWE) mencatatkan skor yang tertinggi dalam kalangan murid-murid prasekolah iaitu 88 peratus atau 22 orang murid berjaya menguasai elemen yang terdapat dalam domain berkenaan. Manakala domain tahu memahami emosi (THE) dan domain tahu mengguna emosi (TGE) mencatatkan skor yang kedua tinggi dalam kalangan murid- murid prasekolah iaitu kira-kira 80 peratus atau 20 orang murid-murid yang berjaya menguasai elemen yang terdapat di dalam kedua-dua domain berkenaan. Akhir sekali, domain tahu mengenalpasti emosi (TPE) mencatatkan skor yang paling rendah di antara keempat-empat domain kecerdasan emosi yang terdapat dalam kajian ini dengan mencatatkan 68 peratus atau kira-kira 17 orang yang berjaya mengusai elemen yang terdapat di dalam domain ini. Berdasarkan Jadual 4.1, skor kecerdasan emosi berdasarkan empat domain utama di dalam konstrak kecerdasan emosi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy