Kesejahteraan Sosial
124 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL ini, suatu kajian analisis bagi mengenalpasti elemen asas KE kanak- kanak perlu dilakukan secara empirikal bagi menentukan kriteria dalam pembinaan rubrik KE kanak-kanak pada peringkat prasekolah. 3.0 METODOLOGI Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk menganalisis elemen asas kecerdasan emosi (KE) pada peringkat kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Analisis elemen asas KE dijalankan untuk membina rubrik KE kanak-kanak prasekolah. Reka bentuk kajian yang akan digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk kualitatif dengan melakukan pemerhatian, temu bual dan penilaian pakar bagi mendapatkan dapatan yang sahih dan jitu. Selain daripada itu juga, pengkaji turut menggunakan reka bentuk kuantitatif untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur KE yang dibina. Sesi pemerhatian peserta dan temu bual semi struktur akan dilakukan di sebuah prasekolah di daerah Kuala Terengganu. Pemilihan peserta kajian dilakukan secara rawak berasaskan pensampelan bertujuan. Penyelidik memilih seramai 25 orang kanak-kanak prasekolah. Pemilihan seramai 25 orang peserta kajian menepati keperluan kajian kualitatif dalam kajian ini yang jelas memperlihatkan bahawa para peserta kajian berupaya memberi maklumat sehingga mencapai titik ketepuan bagi mengelakkan ralat varian. Instrumentasi yang digunakan dalam kajian ini adalah berasaskan kemanusiaan, iaitu penyelidik sebagai alat utama. Penyelidik turut dibantu oleh instrumentasi senarai semak pemerhatian dan senarai semak temu bual. Instrumentasi ini diakui keberkesanannya oleh Creswell (2013) dan Othman (2014) bagi mendapatkan data yang jitu dan mantap di samping memahami fenomena sebenar kajian. Senarai semak ini dibina berpandukan domain indikator KE oleh Sullivan (1999), indikator KE oleh Mayer, Salovey dan Caruso (2002) dan indikator KE oleh Goleman (1996) yang telah diubah suai bersesuaian dengan keperluan kajian. Melalui konsep bengkel yang dijalankan selama dua hari, 10 kumpulan yang terdiri daripada dua orang peserta kajian akan diberikan tugasan untuk melakukan aktiviti yang sesuai yang boleh membina KE mereka. Pendekatan Child-Centered Game Development (Moser, 2012) dijadikan sebagai rujukan bagi memastikan aktiviti ini bersesuaian dengan persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy