Kesejahteraan Sosial
126 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Jadual 4.1 : Skor Kecerdasan Emosi Murid-Murid Prasekolah Skor Kecerdasan emosi Bil/ Peratusan (%) Min Tahu Mengenalpasti Emosi (TPE) 17 (68%) 0.68 Tahu Memahami Emosi (THE) 20 (80%) 0.80 Tahu Mengguna Emosi (TGE) 20 (80%) 0.80 Tahu Mengawal Emosi (TWE) 22 (88%) 0.88 Skor Keseluruhan Kecerdasan Emosi 14 (56%) 0.56 4.1.1 Skor Domain Tahu Mengenalpasti Emosi Hasil dapatan kajian bagi domain tahu mengenalpasti emosi menyaksikan majoriti murid-murid prasekolah mencatatkan skor yang sederhana iaitu 68 peratus atau kira-kira 17 orang murid-murid prasekolah yang berjaya menguasai kesemua tahap yang terdapat di dalam domain tahu mengenalpasti emosi. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut tahap seperti yang berikut di mana kesemua murid prasekolah seramai 25 orang atau 100 peratus berjaya menguasai elemen tahap pertama bagi domain tahu mengenalpasti emosi, 18 orangmurid prasekolah atau 72 peratus pula berjayamenguasai elemen tahap kedua dan 19 orang murid prasekolah atau kira-kira 76 peratus berjaya menguasai elemen tahap ketiga domain tahu mengenalpasti emosi. Jadual 4.2 menunjukkan skor tahap domain tahu mengenalpasti emosi murid-murid prasekolah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy