Kesejahteraan Sosial

05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 123 pencapaian akademik, perhubungan sosial yang baik dan keyakinan dalam pembawaan diri (Goroshit et. al (2012); Hogan et. Al (2010); MacCann et. al (2011); Kotaman (2016)). Selain daripada itu, setiap kejayaan, kecemerlangan dan kebahagiaan hidup adalah datang dari individu yang mempunyai tahap kestabilan emosi yang baik (Brackett et. Al (2011); Berrocal et. Al (2016); Paavola et. Al (2017)). Kestabilan emosi pada peringkat kanak-kanak penting diterapkan agar mereka membesar dan menjadi individu yang boleh merealisasikan aspirasi Negara Malaysia melalui Rancangan Malaysia ke 11 dan Transformasi Nasional 2050 iaitu untuk menjadi sebuah Negara maju dalam semua aspek, meliputi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya. Namun begitu, indikator dalam menentukan tahap KE pada peringkat kanak-kanak prasekolah yang berumur antara empat hingga enam tahun masih belum dapat dikenal pasti lagi (Coskun et. al (2017); Peters et. al (2009); Rivers et. al (2012)). Pengajaran dan pembelajaran penerapan elemen emosi ke atas kanak-kanak di peringkat prasekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga terdapat masalah. Menurut Nor Aizal Akmal, Azlina dan Nora (2012), kurangnya alat bantu mengajar atau modul pengajaran dan pembelajaran yang khusus bagi tujuan penerapan elemen emosi ke atas kanak-kanak telah menyebabkan guru menghadapi kesukaran untuk menjalankan pengajarandanpembelajarankerana tiadapanduanyangmenyediakan maklumat atau ilmu yang tersedia dan terancang serta sistematik yang berasaskan silibus untuk memudahkan mereka mengajar. Kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran elemen kecerdasan emosi dan lain-lain elemen dalam tunjang sosioemosi hanya dijalankan secara bercakap dan bercerita sahaja dan ini menyebabkan kanak-kanak sukar untuk memahami maklumat yang diterima serta mengurangkan minat mereka untuk belajar dan memberi perhatian dalam kelas. Bagi menyokong matlamat Kementerian Pendidikan dalam melahirkan rakyat yang menghayati nilai berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (dalam anjakan ketiga), kajian ini memberi signifikasi bahawa penilaian KE kanak kanak perlu diperkembangkan bukan sahaja dalam aspek psikologi, malah ia juga boleh diterapkan dalam aspek pendidikan iaitu dengan memberi lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara kanak-kanak. Indikator ini penting bagi menjadi satu penanda aras yang piawai bagi menentukan tahap KE kanak-kanak. Dalam kajian

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy