Kesejahteraan Sosial

122 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Levi, 2013; Churches, 2015) serta membantu menerangkan matlamat, pembelajaran dan piawaian (Muhammad, Lebar & Mokshein, 2018). Oleh sebab itu, pembentukan rubrik mengikut setiap aspek kecerdasan emosi dapat memberi sumbangan besar terhadap perkembangan kanak-kanak. Menurut Climie et al. (2019); Mayer dan Salovey (1997), terdapat beberapapenekananyangmestidititikberatkandalamaspekkecerdasan emosi kanak-kanak antaranya elemen pengenal pastian emosi yang melihat pembentukan emosi seperti sedih, takut, marah atau gembira. Pendedahan awal emosi asas kepada kanak-kanak terutamanya sangat digalakkan agar mereka dapat mengadaptasikannya pada situasi sebenar. Dalam aspek menggunakan emosi pula, fokus diberikan kepada pemikiran kanak kanak melalui situasi diri mereka dalam aspek perhatian, tumpuan atau motivasi. Seterusnya, dalamaspek memahami emosi, menjelaskan bagaimana kanak-kanak memahami emosi diri dan orang lain. Seterusnya, melihat bagaimana mereka melalui emosi tersebut. Akhir sekali, dalam aspek mengawal emosi pula, beliau menjelaskan fokus yang dilihat adalah kemampuan kanak-kanak untuk menguruskan emosi mereka ke arah yang lebih positif. Berdasarkan kenyataan di atas, masih terdapat lompang dalam memperincikan secara tepat berkaitan aspek membina tahap kecerdasan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Justeru, dalam kajian ini pengkaji ingin membuat analisis asas ke atas kecerdasan emosi kanak-kanak iaitu dengan membina rubrik kecerdasan emosi kanak- kanak prasekolah yang berumur empat hingga enam tahun. Kajian ini bakal dilaksanakan di sebuah prasekolah di daerah Kuala Terengganu yang melibatkan 20 orang kanak-kanak. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kepesatan dunia sosialisasi pada hari ini memperlihatkan bahawa kejayaan setiap individu tidak cukup dengan hanya mempunyai tahap kecerdasan intelek yang baik sahaja. Malah, mereka juga memerlukan kekuatan dari segi pertumbuhan kecerdasan emosi (KE) yang baik. Hal ini telah dibuktikan melalui pelbagai kajian berkenaan dengan perkembangan KE yang menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tahapKE yangbaik dapatmemberi impak yangpositif dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy