Kesejahteraan Sosial

05 KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH 121 model Mayer dan Salovey (1997) serta diadaptasi oleh Nor Aizal Akmal (2014) melalui pembinaan soal selidik kecerdasan emosi yang dikenali sebagai The Sullivan Emotional Intelligence Scale for Children (EISC) . Namun begitu, tiada perincian yang jelas dan bersesuaian untuk dijadikan rujukan dalam mengukur tahap kecerdasan emosi kanak- kanak melalui domain mengenal pasti, memahami, mengawal dan menggunakan emosi. Oleh hal yang demikian, pembinaan sebuah rubrik berasaskan elemen kecerdasan emosi mestilah dibentuk khusus di peringkat kanak-kanak prasekolah. Menurut Dawson (2017), rubrik didefinisikan sebagai penggunaan kualiti perkataan seperti baik, sederhana, atau lemah bagi menerangkan secara terperinci kualiti produk yang dibincangkan seperti apa. Manakala menurut Company et al. (2017) rubrik didefinisikan sebagai alat penskoran yang menyediakan set kriteria dalam menganalisis sesuatu pekerjaan dan melibatkan penggredan kualiti atau kriteria bagi setiap prestasi. Kebanyakan rubrik yang dibentuk dan dibincangkan dalam kajian lepas melibatkan elemen pendidikan (Panadero & Romero, 2014). Kajian berkaitan rubrik terhadap kanak-kanak pernah dibincangkan oleh Denham et al. (2009) yang menyebut tentang kepentingan penilaian pengukuran fungsi sosioemosi di peringkat awal kanak-kanak kerana ia dapat memberi bayangan terhadap kesihatan mental, pencapaian akademik, dan sebagainya apabila mereka meningkat dewasa. Namun begitu, satu rubrik kecerdasan emosi yang khusus dan bersesuaian dalammengukur tahap kecerdasan emosi kanak-kanak masih tidak ada sehingga kini (Coskun, Oksuz & Yilmaz, 2017). Pembentukan rubrik sangat penting dalam menilai tahap kecerdasan emosi kanak-kanak, terutamanya kanak-kanak pada peringkat prasekolah. Pembentukan rubrik mempunyai banyak manfaat dan dibincangkan oleh penyelidik lepas. Antara manfaat tersebut adalah mampu memberikan penilaian yang lebih tepat dan saksama serta penilaian dan gred diadili dengan lebih telus yang boleh mengelakkan prasangka peribadi (Andre & Du, 20005; Ellis & Kelder, 2012; Isbell & Goomas, 2014; Rivas, Serna & Martinez-Figueira, 2014). Rubrik juga berkapasiti sebagai satu bentuk komunikasi serta memperbaiki sesuatu pencapaian bagi memperolehi satu set yang standard (Sadler, 2009; Muhammad, Lebar & Mokshein, 2018) Manfaat rubrik yang lain adalah menjimatkan masa, mudah dan mempercepat proses maklum balas (Stevens dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy