Kesejahteraan Sosial

120 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL KECERDASAN EMOSI (KE) KANAK-KANAK PRASEKOLAH NOR AIZAL AKMAL ROHAIZAD, PhD Profesor Madya Jabatan Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaysia Terengganu aizal@umt.edu.my KAMARUL MD SHAH, PhD Pensyarah Kanan Jabatan Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaysia Terengganu kamarul.shah@umt.edu.my ZUHDA HUSAIN, PhD Pensyarah Kanan Jabatan Kaunseling dan Psikologi, Universiti Malaysia Terengganu zuhda@umt.edu.my 1.0 PENGENALAN Kanak-kanak merupakan insan yang mudah mengekspresikan emosi merekadalamsetiapsituasi yangdilalui olehmereka, namunmemerlukan tunjuk ajar dan bimbingan daripada individu di sekeliling mereka (Locke & Lang, 2016). Kanak-kanak yang mampu untuk memahami perasaan mereka sendiri, mereka akan lebih berkeupayaan untuk mengawal keadaan sekeliling dan lebih sensitif terhadap perasaan orang lain dan ia secara langsung akan menjadi indikator utama dalam menilai tahap kecerdasan emosi kanak-kanak prasekolah (Zhang, 2018). Kawalan emosi juga merupakan komponen yang sukar untuk kanak-kanak kuasai dalam diri mereka dan peranan individu yang paling hampir dengan mereka iaitu ibu bapa sangat digalakkan dalam membantu mereka untuk mengawal emosi-emosi negatif yang menguasai diri mereka (Cole & Jacobs, 2018). Aspek kecerdasan emosi dalam kalangan kanak-kanak melibatkan empat fasa utama, iaitu mengenal pasti emosi, memahami emosi, mengawal emosi danmenggunakan emosi. Keempat-empat komponen kecerdasan emosi ini dibina melalui teori kecerdasan emosi daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy