Kesejahteraan Sosial

04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 105 5.6 Syor Isu Persepsi Majikan terhadap Penjagaan Kanak-Kanak Pendekatan menggunakan tiga komponen sikap (kognitif, afektif, dan konatif) untuk menangani persepsi majikan bahawa penjagaan kanak-kanak adalah tanggungjawab peribadi. Dalam jangka pendek, majikan diberi pengetahuan dan empati melalui kempen kesedaran dan aktiviti simulasi. Dalam jangka sederhana, tindakan lebih praktikal digalakkan melalui perkongsian testimoni dan integrasi nilai korporat. Pada jangka panjang, pengiktirafan sosial membantu mengubah sikap industri secara meluas, menjadikan penjagaan kanak-kanak sebagai norma korporat yang dihormati. Jangka Masa Syor Polisi Langkah Pelaksanaan Kesan dan Indikator Kejayaan Andaian Pendek (1-2 Tahun) Peningkatan kesedaran majikan tentang manfaat penjagaan kanak-kanak di tempat kerja melalui seminar, laporan ringkas, (Kognitif/Pengetahuan) Telah dilaksanakan kerajaan: i. Pelaksanaan seminar khusus untuk majikan yang menerangkan kepentingan kemudahan penjagaan kanak- kanak di tempat kerja serta impaknya terhadap produktiviti dan pengekalan bakat. ii. Penyediaan dan edaran laporan ringkas berasaskan data yang menunjukkan faedah ekonomi dan sosial hasil pelaksanaan kemudahan penjagaan kanak-kanak, sebagai bahan rujukan mudah untuk majikan. i. Peningkatan pengetahuan majikan tentang kepentingan penjagaan kanak- kanak melalui soal selidik pra dan pasca seminar atau edaran laporan, bagi menilai perubahan tahap kefahaman dan kesedaran. ii. Perubahan persepsi bahawa penjagaan kanak-kanak adalah tanggungjawab sosial. Sistem penguatkuasaan disokong dan dianggap penting oleh majikan dan pekerja

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy