Kesejahteraan Sosial

104 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Skim ganjaran berperingkat berdasarkan tahap kemajuan pelaksanaan. Cadangan baru: i. Pemberian ganjaran progresif seperti potongan cukai tambahan 5% apabila kemajuan pelaksanaan mencapai 50% dan 5% lagi apabila siap sepenuhnya. i. Peningkatan konsistensi pelaksanaan oleh majikan. ii. Pengurangan risiko projek terbengkalai. Panjang (5-10 Tahun) Penyediaan bonus untuk majikan yang mencapai standard tertinggi penjagaan kanak-kanak. Cadangan baru: i. Pelaksanaan audit kualiti kemudahan penjagaan kanak-kanak dan termasuk kaji selidik kepuasan pekerja. ii. Pemberian bonus kepada syarikat yang mencapai skor kualiti tertinggi. i. Penambahbaikan kualiti kemudahan penjagaan kanak-kanak. ii. Peningkatan kepuasan pekerja terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pelaksanaan penilaian impak berterusan dan kemas kini dasar ganjaran berdasarkan maklum balas. Cadangan baru: i. Penilaian keberkesanan insentif melalui maklum balas majikan dan pekerja. ii. Pengemaskinian dasar ganjaran berdasarkan hasil penilaian dan keperluan masa depan. Cadangan baru: i. Dasar ganjaran yang lebih relevan dan responsif terhadap perubahan keperluan majikan dan pekerja. Menggunakan Reward Theory , gabungan ganjaran kewangan, pengiktirafan sosial, dan insentif progresif dicadangkan. Jangka pendek melibatkan ganjaran segera seperti tunai dan anugerah awam. Jangka sederhana memberikan potongan cukai tambahan dan ganjaran progresif berdasarkan tahap pelaksanaan. Jangka panjang menilai kualiti kemudahan dan memberi bonus kepada syarikat yang mencapai standard tertinggi, dengan penilaian impak yang berterusan untuk meningkatkan dasar ganjaran.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy