Kesejahteraan Sosial

106 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL Empati majikan terhadap cabaran ibu bapa yang bekerja. (Afektif/Emosi) Cadangan baru: i. Penganjuran sesi simulasi “Sehari dalam Kehidupan Ibu Bapa Bekerja” untuk majikan. ii. Ruang untuk sesi diskusi selepas aktiviti simulasi. i. Majikan lebih memahami cabaran pekerja ibu bapa yang diukur melalui soal selidik penilaian selepas simulasi yang menilai tahap empati dan kesedaran, serta maklum balas kualitatif mengenai perubahan perspektif selepas menyertai sesi tersebut. ii. Peningkatan sokongan emosi majikan terhadap kesejahteraan pekerja. Sederhana (3-5 Tahun) Galakan kepada majikan untuk mengambil tindakan melalui testimoni dan kajian kes. (Konatif/ Tingkah Laku) Perlu ditambah baik: i. Penyediaan platform dalam talian atau forum perkongsian oleh syarikat yang berjaya melaksanakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. ii. Perkongsian impak positif oleh syarikat yang berjaya menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak melalui platfom dalam talian atau forum perkongsian fizikal secara berkala. i. Majikan terdorong untuk bertindak berdasarkan contoh nyata. ii. Peningkatan jumlah majikan yang melaksanakan kemudahan penjagaan kanak-kanak.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy