Kesejahteraan Sosial
ix KESEJAHTERAAN SOSIAL KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM Kompendium ini menjadi panduan menyeluruh kepada pelbagai pihak dengan prinsip dan amalan terbaik bagi menterjemah visi kepada tindakan serta membina budaya yang menghargai insan. Ia melambangkan komitmen terhadap aspirasi Malaysia MADANI dan selari dengan nilai Hijrah Tatakelola demi memastikan perkhidmatan awam mampan serta relevan pada masa hadapan. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang telah menyumbang idea, masa dan tenaga. Setiap kejayaan tidak lahir secara bersendirian tetapi hasil kebijaksanaan kolektif dan usaha bersama. Semoga kompendium ini menjadi rujukan bermanfaat dan pemangkin kepada perkhidmatan awam yang lebih mampan, berdaya tahan dan kalis masa hadapan. Melalui rekomendasi polisi psikologi ini, diharap dapat menjadi asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti serta sejahtera demi kemakmuran negara. Sekian, terima kasih. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy