Kesejahteraan Sosial
x KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL PrakatA Pengarah Bahagian Pengurusan Psikologi Kompendium Rekomendasi Polisi Kesejahteraan Psikologi Perkhidmatan Awam: Kesejahteraan Sosial D alamsesebuahorganisasi, kesejahteraansosialmerupakan pemangkin kepada pembentukan persekitaran kerja yang harmoni, saling menyokong dan berorientasikan empati. Dalam konteks perkhidmatan awam, kekuatan sosial di tempat kerja bukan sahaja menyumbang kepada semangat kerja berpasukan dan sokongan rakan sekerja malah memainkan peranan penting dalammemperkukuh kesejahteraan psikologi dan daya tahan emosi penjawat awam secara menyeluruh. Melalui pengoperasian perkhidmatan psikologi yang terancang dan bersepadu, pelbagai intervensi boleh dilaksanakan bagi menangani isu-isu sosial di tempat kerja seperti pengasingan sosial, konflik interpersonal, pengasingan peranan dan kehilangansokonganemosi. Ini termasukpelaksanaanprogram pembangunan hubungan kerja sihat, sokongan berasaskan rakan sebaya, sesi kelompok dinamik serta penilaian iklim sosial organisasi. Kompendium ini dibangunkan sebagai satu dokumen rujukan dasar yang menggariskan keperluan dan pendekatan pengoperasian perkhidmatan psikologi dalam memperkukuh kesejahteraan sosial dalamorganisasi awam. Iamencerminkan usaha berstruktur dalammenterjemah kepentingan hubungan sosial, sokongan sosial, kesepaduan pasukan, keterangkuman dan budaya kerja positif ke dalam tindakan dasar serta amalan psikologi yang boleh dilaksanakan secara sistematik dan berkesan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy