Kesejahteraan Sosial

90 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL inklusif dengan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Dalam konteks ini, input daripada pakar kejuruteraan, majikan, dan pembuat dasar dapat dimanfaatkan dalam setiap peringkat perancangan dan pelaksanaan bagi memastikan syor yang dibangunkan adalah relevan dan menyeluruh. 5.1 Syor Menangani Kos Awal yang Tinggi Untuk menangani isu kos awal yang tinggi, penilaian Cost-Benefit Analysis ( CBA ) digunakan untuk membolehkan penilaian terhadap kos dan manfaat penyelesaian ini. Syor berasaskan penilaian kos dan manafaat ini penting bagi memastikan pelaburan dalam kemudahan penjagaan kanak-kanak menghasilkan nilai tambah yang signifikan kepada majikan. Pendekatan berfasa ini membolehkan kerajaan mengimbangi kos dengan manfaat sosial dan ekonomi yang diperoleh. Polisi jangka pendek menangani halangan kewangan awal, polisi jangka sederhana memupuk kerjasama strategik, manakala polisi jangka panjang memastikan kesinambungan melalui geran yang berfokus kepada hasil. Strategi ini selaras dengan objektif meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan menyokong keseimbangan antara kehidupan dan kerja.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy