Kesejahteraan Sosial

04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 91 Jangka Masa Syor Polisi Langkah Pelaksanaan Kesan dan Indikator Kejayaan Andaian Pendek (1-2 Tahun) Subsidi atau Insentif Kewangan Telah dilaksanakan kerajaan: i. Pemberian subsidi atau potongan cukai tambahan kepada syarikat yang menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Perlu ditambah baik: i. Proses permohonan subsidi yang mudah dan cepat ii. Penetapan syarat pelaporan berkala yang disediakan oleh majikan menggunakan template standard yang dibangunkan oleh agensi pemantau seperti JKM atau LHDN, merangkumi aspek pematuhan kepada standard penjagaan kanak- kanak dan penggunaan kewangan berkaitan subsidi. Pelaporan ini: a. Disediakan secara kendiri oleh majikan, dan b. Disahkan oleh pegawai penyelia dalaman atau audit bebas sekiranya perlu. c. Diserahkan setiap 6 bulan kepada agensi yang ditetapkan. d. Boleh diaudit secara rawak untuk meningkatkan akauntabiliti dan ketelusan. i. Peningkatan bilangan syarikat yang menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. i. Peningkatan jumlah syarikat kecil dan sederhana (SME) yang memohon dan melaksanakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. ii. Peningkatan pematuhan syarikat terhadap piawaian penjagaan kanak-kanak melalui pelaporan yang sistematik dan telus. Pelaporan yang sistematik membantu memastikan subsidi digunakan dengan betul. Ini memberi keyakinan kepada kerajaan untuk terus menyalurkan bantuan kewangan, sekali gus mengurangkan beban kos awal kepada syarikat. i. Majikan bersedia melaksanakan insentif jika kos diturunkan dan manfaat ditonjolkan ii. Kerajaan menyediakan subsidi yang mencukupi iii. Syarikat menyedari manfaat potongan kos yang diperolehi iv. Proses permohonan subsidi mudah dan cepat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy