Kesejahteraan Sosial

04 ISU PENJAGAAN ANAK DALAM KALANGAN PEKERJA WANITA 89 terutamanya dalam kalangan majikan yang sanggup menanggung risiko permulaan. 4.6 Persepsi Majikan bahawa Penjagaan Kanak-Kanak Adalah Tanggungjawab Peribadi ● Norma Sosial dan Persepsi Tradisional: Dalam kebanyakn budaya kerja, penjagaan kanak-kanak sering dianggap sebagai tanggungjawab peribadi ibu bapa dan bukanlah sesuatu yang harus difasilitasi oleh majikan. Pandangan ini menyebabkan majikan kurang merasa terikat atau bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. ● Kurangnya Kesedaran tentang Kesan Terhadap Produktiviti dan Kepuasan Pekerja: Majikan mungkin tidak menyedari bahawa menyediakan kemudahan penjagaan kanak- kanak boleh memberi kesan positif kepada produktiviti, mengurangkan tekanan dalam kalangan pekerja yang menjadi ibu bapa, dan meningkatkan pengekalan pekerja. ● Kepentingan Mengubah Mindset Majikan: Kempen kesedaran yang menunjukkan faedah kepada organisasi, seperti peningkatan kepuasan kerja dan pengurangan kadar keluar masuk pekerja, perlu dilaksanakan untuk mengubah persepsi majikan terhadap tanggungjawab mereka dalam menyediakan penjagaan kanak-kanak. 5.0 SYOR DASAR Berdasarkan punca yang telah dikenalpasti, Pendekatan Logical Framework ( Logframe ) digunakan sebagai alat untuk merangka syor yang bersesuaian. Pendekatan ini menyediakan kerangka yang teratur, sistematik, dan berfokus bagi tujuan perancangan, perlaksanaan, dan penilaian keberkesanan polisi atau program yang dicadangkan. Selain itu, Logframe turut menyokong analisis masalah melalui pengenalpastian punca akar menggunakan alat seperti Root Cause Analysis (RCA) . Dalam kajian ini, RCA digunakan untuk mengenal pasti punca pelaksanaan insentif cukai yang rendah, manakala Logframe menyediakan struktur untuk menterjemahkan punca-punca ini kepada langkah penyelesaian yang praktikal. Logframe sering diaplikasikan dalam kajian polisi kerana penekanannya terhadap pendekatan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy