Kesejahteraan Sosial
88 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN SOSIAL 4.3 Tiada Pemantauan yang Tegas ● Kurangnya Sistem Pemantauan: Tanpa pemantauan yang konsisten, majikan yang menerima insentif cukai ini mungkin tidak mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang ditetapkan, atau hanya melakukan pelaksanaan minimum tanpa komitmen yang kukuh terhadap kualiti kemudahan penjagaan. 4.4 Tiada Penguatkuasaan Khas ● Tiada Badan Penguatkuasaan Khusus: Dalam kebanyakan kes, tiada badan pemantau khas yangmemastikanmajikan mematuhi piawaian kemudahan penjagaan kanak-kanak. Ketiadaan penguatkuasaan ini menyebabkan majikan kurang terdorong untuk mengekalkan standard atau menyediakan kemudahan tersebut dalam jangka panjang. ● Ketiadaan Mekanisme Pelaporan dan Pengaduan: Sistem pengaduan untuk pekerja atau ibu bapa yang menggunakan kemudahan ini mungkin tidak tersedia, menyebabkan sebarang ketidakpatuhan atau isu keselamatan yang timbul sukar untuk diselesaikan atau dilaporkan kepada pihak yang berwajib. 4.5 Tiada Insentif atau Faedah Jangka Pendek yang Jelas ● Kurangnya Ganjaran Jangka Pendek: Majikan mungkin tidak melihat insentif cukai ini sebagai faedah yang boleh memberikan impak segera kepada syarikat mereka. Bagi kebanyakan majikan, manfaat seperti potongan cukai tambahan mungkin dirasakan hanya memberi faedah dalam jangka masa panjang. ● Keperluan untuk Anugerah dan Pengiktirafan Awam: Dalam kebanyakan kes, majikan tidak mendapat pengiktirafan atau ganjaran segera atas usaha menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak. Pengiktirafan seperti anugerah tahunan atau status mesra keluarga berpotensi meningkatkan motivasi. ● Potongan Cukai Tambahan untuk Langkah Awal: Majikan yang mengambil langkah awal dalam menyediakan kemudahan penjagaan kanak-kanak wajar diberi potongan cukai tambahan atau insentif kewangan segera. Ini boleh menjadi pemangkin kepada lebih banyak penyertaan,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy