Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

144 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI tahun 2022. Perkhidmatan psikologi berperanan sebagai pemangkin utama dalam pembangunan modal insan yang sejahtera, berintegriti dan berprestasi tinggi. Pengurusan psikologi yang berkualiti, sistematik dan berkesan mampu menyokong usaha pengurusan sumber manusia dalam meningkatkan potensi serta kecemerlangan penjawat awam bagi merealisasikan misi dan visi organisasi. Selain itu, perkhidmatan ini turut berfungsi sebagai mekanisme pencegahan yang membantu penjawat awam menangani dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam pelbagai isu kerjaya, peribadi, kekeluargaan, dan hubungan interpersonal. Selaras dengan hasrat kerajaan yang mengutamakan pembangunan modal insan, pengurus sumber manusia sektor awam hendaklah melaksanakan penambahbaikan dalam urusannya dengan menerapkan aspek psikologi dan kaunseling. Melalui pendekatan sedemikian, faktor manusia sebagai modal insan dapat diperkasakan ke tahap yang optimum. Faktor sosial dan ekonomi memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kesejahteraan pekerja termasuklah di sektor awam. Gaji yang mencukupi dan adil dengan beban kerja membantu mengurangkan tekanan kewangan yang sering menjadi penyebab utama tekananmental. Dengan peningkatan kos sara hidup di Malaysia, gaji yang rendah boleh menjadi punca kepada tekanan kewangan yang serius dalam kalangan penjawat awamini. Sokongan sosial luar tempat kerja, seperti keluarga, rakan, atau komuniti juga penting. Hubungan yang kukuh dengan individu-individu ini memberikan pekerja tempat untuk meluahkan perasaan, mendapatkan nasihat, dan menerima sokongan moral. Ini membantu mereka menangani tekanan kerja dengan lebih baik. Altaf et al. (2014a) dan Macintyre et al. (2018) menyatakan bahawa perubahan ekonomi menyebabkan tekanan fizikal dan isu kesihatan mental. Isu-isu ini timbul disebabkan oleh adaptasi kepada ekonomi yang berkembang di mana lebih banyak keperluan harian perlu dipenuhi (Dackehag et al., 2016). Siwar et al. (2019) berhujah bahawa salah satu faktor berkaitan peribadi yang dihadapi oleh kumpulan pelaksana hari ini ialah status sosioekonomi mereka. Status sosioekonomi memainkan peranan utama dalam menentukan status sosial mereka dan menjamin kualiti hidup mereka secara keseluruhan. Tahap pendapatan adalah salah satu ukuran yang sering digunakan oleh pelbagai sarjana untuk menentukan status sosioekonomi (Oishi et al., 2011; Reiss et al., 2019). Kerajaan telah memperkenalkan SSPA pada 1 dismber 2024 bagi menggantikan SSM, yang telah digunakan selama

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy