Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

143 STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM SITI AISYAH BINTI PANATIK, PhD Profesor Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Saisyah@Utm.My 1.0 PENGENALAN Sektor awamdiMalaysiaadalah tulangbelakangkepadapembangunan dan kesejahteraan negara. Ia merangkumi pelbagai agensi, jabatan, dan badan yang ditubuhkan untuk menjalankan perkhidmatan dan memenuhi keperluan rakyat dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, kesihatan, keselamatan, ekonomi, dansosial. Setiapsektor inimemainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan dan kemajuan negara, serta memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat. Penjawat awam merujuk kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat sektor perkhidmatan awam. Mereka bertanggungjawab melaksanakan kelancaran fungsi jabatan atau agensi kerajaan. Peranan penjawat awam sebagai tulang belakang negara penting dalam memastikan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Kesihatan mental dan kesejahteraan pekerja memainkan peranan penting dalam menjamin keberkesanan sektor awam Malaysia. Sebagai tulang belakang kepada pelaksanaan dasar-dasar kerajaan, penjawat awam sering terdedah kepada cabaran kerja yang pelbagai, termasuk beban tugas, tekanan waktu, dan keperluan untuk memenuhi jangkaan masyarakat. Oleh itu, memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada kesihatan mental dan kesejahteraan mereka amat kritikal untuk membentuk persekitaran kerja yang produktif dan harmoni. Faktor-faktor ini merangkumi aspek individu, organisasi, persekitaran kerja, sosial, dan sokongan institusi. Dalam usaha untuk memperkasakan kesihatan mental dan kesejahteraan penjawat awam, kerajaan Malaysia telah pun mengeluarkan pekeliling Pengurusan Sumber Manusia bagi Pengurusan Psikologi Versi 1 pada STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy