Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

145 lebih daripada 21 tahun. Tujuan utama SSPA adalah untuk menambah baik struktur saraan bagi penjawat awam, memastikan kenaikan prestasi dan motivasi, serta memudahkan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan kepada rakyat. SSPA ini juga salah satu tujuannya adalah bagi meningkatkan kesejahteraan penjawat awam dengan memberikan kenaikan gaji. Manakala, bagi faktor berkaitan psikososial persekitaran kerja, konflik kerja-keluarga dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi kualiti hidup penjawat awam (Yucel & Fan, 2019). Seperti yang dinyatakan oleh Greenhaus dan Beutell (1985), gangguan peranan pekerjaan terhadap pemenuhantuntutandari kehidupanperibadi dankeluargamenghalang tanggungjawab peranan. Terdapat satu kajian yang mendedahkan bahawa puratawaktu bekerja di Malaysia untuk seminggu adalah 15 jam dan ia lebih tinggi daripada Hong Kong, Australia dan juga negara jiran, Singapura dan 53% rakyat Malaysia hanya tidur kurang daripada tujuh jam setiap malam (AIA Vitality, 2019). Ini membawa kepada penglibatan pekerja yang rendah terhadap kerja yang diberikan, meningkatkan isu kesihatan mental, meningkatkan kemungkinan niat untuk berhenti kerja dan mengurangkan kepuasan kerja dan kepuasan hidup di kalangan pekerja (Boyd et al., 2016; Diana et al., 2020; Saeed et al., 2013; Suifan et al., 2016). Jika waktu kerja fleksibel dilaksanakan, ia membantu dalam mewujudkan kehidupan yang serasi dalam dan di luar pekerjaan melalui kawalan sempadan. Kertas kerja ini memberikan fokus kepada kesejahteraan mental penjawat awam di sektor awam selaras dengan Gagasan dalam KSP RMK12 bermatlamatkan “Malaysia MADANI: Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi. Kertas kerja ini memberikan penekanan kepada menangani keperluan penjawat awam sebagai tulang belakang dan bagi memastikan keterangkuman menuju masyarakat yang adil. Memandangkan penjawat awam menyumbang kepada kejayaan ekonomi dalam memenuhi permintaan pasaran dalam sesebuah organisasi (Corporate Malaysia, 2017), adalah penting untuk mengkaji faktor individu dan persekitaran sosial pekerjaan mereka secara menyeluruh bagi menyediakan dapatn empirikal yang menjadi garis panduan dalam pembangunan dasar dan polisi berkaitan kesejahteraan mental dalam kalangan golongan penjawat awam di sektor awam, Malaysia. STRATEGI MEMPERKASA KESIHATAN MENTAL DAN KESEJAHTERAAN PEKERJA SEKTOR AWAM 05

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy