Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

131 penjagaan diri seperti meditasi, relaksasi, dan pengurusan masa juga perlu diperkasa bagi menyokong ihsan kendiri GPK. K – Kesedaran Diri Kesedaran terhadap kepentingan kesihatan mental dan keseimbangan hidup mesti ditanam dalam jiwa setiap GPK. Latihan, seminar dan kempen kesedaran perlu dijalankan agar guru lebih peka terhadap tanda-tanda tekanan dan segera mengambil langkah pemulihan. O – Organisasi Penyayang Sekolah sebagai organisasi mesti mewujudkan persekitaran kerja yang menyokong dan memahami. Pengurusan yang adil antara aliran PPKI dan arus perdana serta komitmen pihak pentadbir dalam menjaga kebajikan guru akanmeningkatkan kesejahteraan psikologi keseluruhan warga sekolah. L – Latihan Berterusan Latihan berfokus kepada keperluan sebenar GPK perlu dilaksanakan secara berterusan. Modul kesejahteraan psikologi dan kemahiran pengurusan stres wajar menjadi komponen tetap dalam program pembangunan profesional. Latihan dalam bidang pengurusan MBK juga sangat penting. O – Optimisme Nilai optimisme perlu diterapkan dalam kalangan GPK untuk memupuk harapan dan kekuatan dalaman ketika berhadapan dengan cabaran pendidikan khas. Sokongan moral dan budaya kerja positif membantu memperkukuh semangat juang guru. G – Gagasan Spiritual Budaya kerja berteraskan nilai spiritual menyuburkan integriti dan emosi guru. Amalan seperti spiritual moment sebelum mesyuarat atau pengajaran dapat menyatukan hati dan menambah rasa kebermaknaan dalam tugas. Pendekatan ini perlu dihormati dan dijalankan secara inklusif. PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy