Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

130 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI diberi tanggungjawabdi unit pendidikankhas. Ini termasukperancangan program latihan yang kemas serta keputusan yang sistematik agar profesionalisme GPK dapat dipertingkatkan. A – Akses Intervensi Sistem intervensi yang mudah diakses sangat diperlukan bagi menyokong GPK secara menyeluruh. Sesi kaunseling berkala, rujukan kepada pakar psikologi bertauliah serta penyediaan instrumen saringan psikologi boleh membantu mengesan isu awal dan menyediakan intervensi yang tepat. Kajian impak dan penyelidikan berkala juga perlu dijalankan bagi menilai keberkesanan strategi ini. N – Nilai Spiritual Pembudayaan nilai spiritual dalam sekolah akan menyumbang kepada suasana kerja yang harmoni dan menyokong. Program seperti amalan doa harian, tazkirah serta aktiviti berbentuk keagamaan yang inklusif perlu digalakkan. Nilai seperti kasih sayang, hormat dan tanggungjawab harus diterapkan dalam semua peringkat pengurusan dan pengajaran. P – Penghargaan GPK wajar diberi penghargaan atas jasa dan komitmen mereka. Sistem ganjaran khas seperti anugerah kecemerlangan dan pengiktirafan dalam bentuk sijil atau hadiah boleh meningkatkan motivasi serta harga diri. Langkah ini juga menggalakkan budaya kerja yang positif dan menyumbang kepada kesejahteraan psikologi. S – Spiritual Aktif Aktiviti spiritual perlu dilaksanakan secara aktif dalam budaya sekolah. Wujudkan ruang masa untuk tazkirah, meditasi atau bacaan motivasi berunsur agama. Penyertaan secara sukarela dan inklusif menghormati kepelbagaian agama dan mewujudkan suasana kerja yang tenteram dan saling menyokong. I – Inisiatif Kendiri GPK perlu digalakkan untuk membina motivasi dalaman dan semangat ihsan dalam berkhidmat. Latihan dan program pembentukan karakter harus memasukkan unsur inisiatif kendiri agar guru lebih berdikari dalam menangani tekanan dan cabaran profesion. Selain itu, program

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy