Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

132 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI I – Inklusiviti Adil Akhirnya, prinsip inklusiviti yangadil perludiamalkandalamsemuadasar dan tindakan. Pemerkasaan guru melalui latihan dan sokongan emosi membantu mereka menangani tekanan murid dan mengurus emosi diri. Polisi yang seimbang antara PPKI dan arus perdana menzahirkan keadilan dalam organisasi pendidikan. 6.0 PENUTUP Usaha untuk membudayakan kesejahteraan psikologi dalam kalangan guru pendidikan khas haruslah dilihat sebagai satu langkah penting dan berterusan. Guru-guru pendidikan khas memainkan peranan unik dan mencabar dalam membentuk serta membimbing murid berkeperluan khas dan tugas ini tentunya memerlukan daya tahan mental, emosi, dan psikologi yang kukuh. Oleh itu, sokongan dari semua pihak termasuk pihak sekolah, komuniti, serta keluarga murid amatlah diperlukan bagi memastikan guru-guru ini menerima perhatian yang sewajarnya dalam aspek kesejahteraan psikologi mereka. Melalui pelbagai strategi pendekatan yang dicadangkan dalam polisi kesejahteraan psikologi ini diharap dapat melahirkan GPK yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan profesional dalammelaksanakan tanggungjawab mereka. Budaya kesejahteraan psikologi yang diterapkan ini bukan sahaja mampu meningkatkan prestasi guru, malah dapat melahirkan tenaga pengajar yang lebih bersemangat, berdedikasi, dan empati dalam menjalankan tugas mereka. Akhirnya, kesedaran dan komitmen untuk menjaga kesejahteraan psikologi guru ini adalah pelaburan penting demi kecemerlangan pendidikan khas di Malaysia. RUJUKAN Amal Hayati Ishak. (2012). Burnout dan tekanan kerja di kalangan guru: Satu kajian terhadap guru-guru sekolah menengah daerah Hulu Langat. Tesis Sarjana. Retrieved from http://pustaka2.upsi.edu.my/ eprints/1218/1/ Asma Abdullah. (2015). Anakku sindrom down. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy