Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

129 latihan guru perlu dimasukkan dalam perancangan jangka panjang agar kesejahteraan mental sentiasa dipelihara. H – Hubungan Inklusif Pengurusan persepsi yang adil antara PPKI dan arus perdana adalah asas kepada keadilan sosial di sekolah. Ketua jabatan perlu diberi latihanagar lebih fahamdanbersikap inklusif. Melalui latihanpersediaan kepengetuaan (NPQL), pemimpin sekolah dapat memastikan semua guru diberi layanan saksama tanpa diskriminasi, sekali gus meningkatkan rasa dihargai dalam kalangan GPK. T – Tadbir Urus Spiritual Elemen spiritual tidak harus diketepikan dalam usaha menjaga kesejahteraan psikologi. Latihan pembangunan spiritual, penyediaan fasilitator spiritual dan sesi intervensi untuk GPK yang tertekan perlu diadakan secara berkala. Pendekatan ini berupaya menyuburkan jiwa dan membantu guru mengekalkan motivasi serta nilai murni dalam kerjaya. E – Empati Organisasi Organisasi yang prihatin memberi ruang kepada suara GPK dalam dasar yang melibatkan kesejahteraan mereka. GPK perlu dilibatkan dalam proses pembangunan dasar dan keputusan berkaitan kebajikan mereka. Penglibatan ini bukan sahaja meningkatkan rasa kepunyaan, malah memastikan dasar yang dibentuk benar-benar relevan dan berkesan. R – Refleksi Kendiri Amalanmuhasabahdan refleksi kendiri bolehmeningkatkan keupayaan emosi dan pertumbuhan peribadi. Latihan pembangunan diri, kursus serta bengkel yang dijalankan perlu mengandungi elemen reflektif. Sesi bersama ketua jabatan untuk membincangkan keseimbangan kerja dan emosi juga dapat menyokong kesejahteraan jangka panjang. A – Anjakan Kompetensi Penempatan guru pendidikan khas hendaklah berpandukan kepada kompetensi yang dimiliki. KPM dan agensinya perlu memastikan hanya individu yang benar-benar kompeten, berilmu dan berkemahiran tinggi PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy