Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

128 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI E – Emosi Terkawal Pengurusan emosi yang berkesan membantu GPK menghadapi tekanan dan bebanan kerja. Justeru, latihan pengurusan stres serta kemahiran pengendalian emosi perlu dijadikan intervensi awal dalam pembangunan profesional mereka. Di samping itu, penyediaan sesi kaunseling secara berkala amat penting bagi memberi ruang kepada GPK meluahkan tekanan dan membina ketahanan emosi yang kukuh. S – Sokongan Sosial Sokongan sosial daripada pelbagai pihak sangat penting dalam membina daya tahan psikologi GPK. KPM perlu menyediakan latihan pembangunan diri seperti kursus dan bengkel secara berkala. Sokongan ini juga perlu dimulakan sejak di peringkat latihan perguruan. Sistem latihan hendaklah selaras dengan visi pendidikan khas agar lebih efektif. E – Ekuiti Tugas Agihan tugas secara adil dan seimbang perlu diberi perhatian serius. Beban kerja GPK hendaklah disesuaikan dengan keperluan murid dan tahap keupayaan guru. Antaranya termasuk menetapkan bilangan murid yang munasabah, menyusun kategori murid berkeperluan khas (MBK) secara saksama dan memastikan pengagihan tugas selaras dengan kepakaran guru. Ini akan mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti pengajaran. J – Jaringan Komuniti Kerjasama strategik dengan komuniti luar seperti NGO, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pakar psikologi dan ibu bapa adalah penting dalam memastikan GPK mendapat sokongan menyeluruh. Penubuhan pusat sokongan sosial di sekolah atau peringkat daerah boleh menjadi pusat rujukan, kaunseling dan intervensi krisis. Kempen kesihatanmental dan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sekolah dapat menambah pemahaman serta empati terhadap tugas GPK. A – Audit Psikologi Audit psikologi bertujuan memantau tahap kesejahteraan GPK secara berkala. Ini termasuklah menyediakan ruang fizikal seperti bilik rehat, ruang terapi dan persekitaran kerja yang kondusif. Selain itu, pelaksanaan program psikologi positif dan modul kesejahteraan dalam

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy