Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
125 dalam kalangan guru pendidikan khas di Malaysia boleh ditangani secara sistematik. Langkah ini memerlukan sokongan penuh dari pihak pentadbiran, kerajaan, dan masyarakat untuk memastikan guru dapat melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan dalam keadaan yang sihat secara mental dan fizikal. 5.0 SYOR DASAR Guru Pendidikan Khas (GPK) memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan yang inklusif dan berkesan untuk murid berkeperluan khas. Namun begitu, tuntutan tugas yang kompleks, beban kerja yang tinggi, serta keperluan emosi dan mental murid sering memberi tekanan kepada kesejahteraan psikologi GPK. Justeru, keperluan terhadap satu pendekatan yang holistik dan sistematik amat mendesak bagi memastikan keseimbangan mental, emosi, fizikal dan spiritual dalam kalangan GPK. Polisi Kesejahteraan Psikologi ini digubal untuk menyediakan kerangka sokongan yang menyeluruh melalui pengintegrasian ihsan kendiri, sokongan sosial dan spiritual. Pelaksanaan semua polisi kesejahteraan psikologi berkaitan dengan inisiatif pelaksanaan latihan pembangunan kendiri, saringan psikologi, audit persekitaran kerja, dan sokongan berterusan daripada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, NGO, institusi akademik dan pakar psikologi. Pendekatan ini bukan sahajabertujuanmenangani tekanan kerja yang dihadapi oleh GPK, tetapi juga untuk meningkatkan keupayaan mereka berfungsi secara optimum dalam persekitaran pendidikan khas yang dinamik dan mencabar. 5.1 Objektif Polisi Kesejahteraan Psikologi GPK i. Memperkasa kesejahteraan psikologi GPK melalui program bersepadu berasaskan ihsan kendiri, sokongan sosial dan nilai spiritual. ii. Menyelaras peranan pelbagai agensi seperti KPM, JPN, PPD, IPGM dan sekolah bagi memastikan pelaksanaan intervensi psikologi yang efektif, menyeluruh dan berterusan. PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy