Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

126 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI iii. Menyediakan sistem sokongan profesional termasuk sesi kaunseling berkala, latihan kendiri, dan kempen kesedaran kesihatan mental untuk GPK. iv.Menjalankan pemantauan dan penilaian berkala terhadap tahap kesejahteraan psikologi GPK melalui instrumen saringan dan audit persekitaran kerja yang sah dan reliabel. v. Mewujudkan dasar dan intervensi yang berasaskan penyelidikan dengan menyediakan dana khusus untuk kajian impak dan keperluan semasa GPK. vi.Membangunkan ekosistem sekolah yang prihatin dan menyokong kesejahteraan GPK dari aspek fizikal, psikologi, emosi dan spiritual. vii.Memastikan kelestarian pelaksanaan polisi melalui pemantauan berkala serta penambahbaikan berdasarkan data dan maklum balas lapangan. 5.2 Strategi Kesejahteraan Psikologi Guru Pendidikan Khas Bagi menjamin kesejahteraan psikologi guru pendidikan khas secara menyeluruh dan mencapai objektif pelaksanaan polisi kesejahteraan psikologi GPK tercapai, satu kerangka strategi telah digariskan melalui akronim “KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI”. Akronim ini mencerminkan pendekatan holistik yang menggabungkan aspek mental, emosi, spiritual, dan sosial berdasarkan penambahbaikan yang dibuat berdasarkan Model Kesejahteraan Psikologi GPK (Salina Mokhtar, 2018). Pendekatan yang dicadangkan ini perlu diberi perhatian dan diperkukuhkan dengan jayanya. Semua pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), sekolah, institusi latihan guru, pakar psikologi, badan bukan kerajaan (NGO), dan komuniti digesa melaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab dan komited. Berikut adalah huraian berdasarkan akronim cadangan Polisi Kesejahteraan Psikologi GPK seperti yang terdapat dalam Rajah 2.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy