Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
124 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI kesejahteraan psikologi kepada GPK tentang cara menangani burnout dan compassion fatigue . Selain itu memberikan sokongan profesional dengan menyediakan perkhidmatankan kaunseling ataupun akses kepada kaunselor secara berkala di sekolah sebagai paltform untuk membantu GPK menangani masalah kesejahteraan psikologi. Seterusnya pihak pentadbir contohnya boleh memberi pengiktirafan ataupun penghargaan kepada GPK untuk meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja mereka seperti memberikan sijil, anugerah, hadiah dan sebagainya. Situasi yang ketiga pula adalah dari segi faktor yang perlu dikurangkan ( Reduce) untuk meringankan beban GPK. Sebagai contoh bilanganpelajar yang ramai dalamkelas khas danmempunyai pelbagai keperluan sebaiknya dilihat semula. Nisbah guru kepada murid ini perlu ditingkatkan untuk memastikan GPK mampu memberi perhatian MBK mengikut keperluan masing-masing secara lebih berkesan. Seterusnya dari segi tekanan masa untuk menyiapkan sesuatu kerja. GPK perlu diberi ruang yang lebih kepada melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu tugasan yang memerlukan penyediaan bahan tambahan atau laporan yang berlebihan perlu disederhanakan. Situasi yang terakhir adalah dari aspek ekspektasi ibubapa danmasyarakat yang tinggi terhadap GPK. Harapan yang tidak realistik terhadap kemampuan GPK untuk menghasilkan perubahan drastik pada pelajar perlu dibawa berbincang agar kedua-dua belah pihak tidak menyalahkan antara satu sama lain. Melalui analais ERRC yang seterusnya adalah dari segi langkah baharu atau inisiatif ( Create ) yang perlu diwujudkan. Antaranya adalah mewujudkan kumpulan sokongan dalaman atau platform untuk berkongsi pengalaman dan penyelesaian masalah. Seterusnya merangka dasar khas untuk GPK. Sebagai contoh menyediakan polisi yang lebih fleksibel seperti pengurangan beban kerja atau insentif tambahan untuk guru yang bertugas dalam bidang ini. Seterusnya mengadakan program kesejahteraan psikologi secara holistik. Pihak sekolah melalui unit kaunseling contohnya boleh menganjurkan program-program kesedaran seperti sesi yoga, meditasi, atau seminar motivasi khusus untuk GPK. Justeru sebagai kesimpulan melalui analisis SWOT dan ERRC, isu burnout, compassion fatigue , dan masalah kesejahteraan psikologi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy