Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
123 Seterusnya penyelidik menggunakan analisis ERRC ( Eliminate, Reduce, Raise, Create ) seperti dalam Jadual 2. Jadual 2 : Tindakan Penyelesaian Masalah Kesejahteraan Psikologi GPK Menghapuskan ( Eliminate ) • Beban kerja yang berlebihan • Sikap tidak memahami daripada pentadbiran • Kurangnya sokongan emosional Meningkatkan ( Raise ) • Latihanberkaitanpengurusan stres dan kesejahteraan psikologi • Sokongan profesional • Pengiktirafan dan penghargaan: Mengurangkan ( Reduce ) • Bilangan pelajar yang ramai dalam kelas khas • Tekanan masa untuk menyiapkan kerja • Ekspektasi tinggi daripada ibu bapa dan masyarakat Mencipta ( Create ) • Langkah baharu atau inisiatif yang perlu diwujudkan • Kumpulan sokongan GPK • Dasar khas untuk guru pendidikan khas • Program kesejahteraan psikologi guru secara holistik Analisis ini adalah kerangka strategik yang digunakan untukmemahami dan menyusun penyelesaian bagi isu kesejahteraan psikologi GPK. Terdapat empat situasi yang boleh dilakukan berdasarkan analisis ERRC iaitu yang pertama dari segi faktor atau situasi yang menyumbang kepada tekanan yang perlu dihapuskan ( Eliminate ) . Sebagai contoh dalam dari aspek beban kerja yang berlebihan, GPK sering terbeban dengan tanggungjawab tambahan seperti pentadbiran yang bukan sebahagian daripada tugas utama. Seterusnya dari segi sikap pentadbiran yang tidak memahami skop kerja bidang pendidikan khas. Terdapat sesetengah pentadbir yang kurang empati terhadap cabaran yang dihadapi oleh GPK. Malah kurang memberi sokongan emosional kepada GPK yang menghadapi masalah kesejahteraan psikologi. Sebaiknya pihak pentadbir boleh merujuk kepada pihak-pihak yang sepatutnya untuk mendapatkan sokongan psikologi atau kaunseling. Seterusnya situasi yang kedua adalah dari aspek yang perlu dipertingkatkan ( Raise) untuk menyokong kesejahteraan psikologi GPK. Sebagai contoh memberikan latihan berkaitan pengurusan stres dan PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy