Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
122 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI dan inspirasi kepada GPK untuk terus komited dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya terhadap MBK dengan penuh dedikasi dan ikhlas. Selain itu pihak KPM contohnya perlu sentiasa ambil cakna dari segi pembangunan teknologi untuk keperluan MBK. Penggunaan teknologi seperti aplikasi pendidikan khas dan alat bantumengajar yang terkini berasaskanteknologi dandigital jugabolehmengurangkanbeban GPK sekaligus membantu pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan di dalam kelas. Selain itu penambahbaikan pelaksanaan awal dalam program intervensi terhadap MBK boleh mengurangkan kebergantungan kepada guru. Program ini dapat menyokong keperluan MBK tersebut dan memastikan pendekatan yang digunakan sesuai dengan kemampuan, keperluan dan potensi MBK. Akhirnyaaspekancaman( Threats ) turutdiambil kiraberdasarkan analisis SWOT. Beberapa faktor diketengahkan seperti dari segi Stigma Sosial. Terdapat sesetengah pandangan negatif masyarakat terhadap profesion pendidikan khas. Sebagai contoh mungkin terdapat sesetengah masyarakat beranggapan bahawa GPK tidak sepenting guru dalam aliran arus perdana kerana mereka mengajar murid yang dianggap “tidak akan mencapai kejayaan besar”. Selain itu mungkin ada sesetengah masyarakt turut menganggap kerjaya sebagai GPK adalah pilihan terakhir dan kurang mencabar walaupun hakikatnya tugas dan tanggungjawab GPK ini sangat mencabar dan memerlukan dedikasi yang sangat tinggi dan perlu menangani murid dengan pelbagai keperluan khusus seperti masalah pembelajaran, penglihatan dan pendengaran. Seterusnya faktor kekurangan tenaga pengajar yang benar-benar berminat atau mempunyai kelayakan dalam bidang pendidikan khas. Jika kekurangan ini berterusan maka ianya boleh meningkatkan beban tugas sedia ada GPK. Selain itu, jika sebelum ini berlakunya pandemik atau krisis global seperti pandemik COVID-19. Cabaran seperti ini boleh menambahkan stres kerana keperluan pembelajaran secara jarak jauh. GPK perlu berusaha sehabis-habisan mencari pelbagai alternatif dalam usaha meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam situasi dan cabaran baharu yang sangat getir. Faktor terakhir adalah ketidakstabilan ekonomi. Bajet yang tidak mencukupi untuk bidang pendidikan khas boleh menghadkan akses kepada sumber dan latihan. Kemungkinan banyak objektif dan perancangan tidak dapat dilaksanakan jika sentiasa menghadapi masalah berkaitan dengan peruntukan dan bajet kewangan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy