Kesejahteraan Psikologi dan Emosi

121 Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa kelemahan ( Weaknesses ) yang dikenal pasti faktor yang menyebabkan GPK mengalami masalah dari segi kesejahteraan psikologi. Antaranya adalah dari segi beban kerja yang berat. Tanggungjawab GPK adalah sangat besar dan pelbagai. Mereka bukan sahaja perlu mengurus dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas namun mereka juga perlu melakukan kerja-kerja lain seperti menguruskan pelbagai keperluan dan pengurusan diri MBK, menyiapkan segala bentuk dokumentasi dan melaksanakan penilaian individu terhadap MBK. Kepelbagaian rencam bentuk tugas dan tanggungjawab ini turut menjadi faktor yang menyebabkan tekanan yang tinggi dihadapi oleh GPK. Seterusnya kurangnya sokongan sosial dan emosi seperti daripada pihak pentadbir, rakan sebaya, keluarga ataupun kaunselor itu sendiri menjadi faktor GPK mengalami ketidaksejahteraan psikologi. Sebagai contoh pihak pentadbir sentiasa memberikan tumpuan yang lebih kepada guru arus perdana dan agak kurang memberi perhatian kepada masalah yang dihadapi oleh GPK. Selain itu sebagai contoh ketidakcukupan kaunselor atau sokongan psikologi untuk GPK yang mengalami keletihan emosi turut menjadi faktor GPK terus menerus mengalami ketidak sejahteraan psikologi mereka. Faktor seterusnya adalah dari segi sumber yang terhad. Sebagai contoh berlaku kekurangan dari segi peralatan, bahan bantu mengajar, tenaga kerja, atau fasiliti yang sesuai untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran MBK. Berdasarkan analisis ini juga, kurangnya latihan lanjutan juga menjadi salah satu faktor bahawa GPK mengalami masalah berkaitan kesejahteraan psikologi. Terdapat GPK yang mungkin kurang pendedahan kepada teknik baharu atau kaedah untuk menangani stres dan keletihan emosi di tempat kerja. Namun begitu terdapat beberapa faktor dari segi peluang ( Opportunities ) yang berjaya dikenalpasti berdasarkan analisis SWOT. Antaranya adalah dari aspek peningkatan kesedaran. Kesedaran GPK tentang kepentingan kesihatan mental boleh membawa kepada lebih banyak sokongan dari pihak kerajaan dan masyarakat. Oleh itu, GPK seharusnya peka terhadap kesejahteraan psikologi mereka dan perlu berusaha untuk menanganinya agar kehidupan sentiasa sihat dan sejahtera. Peluang yang seterusnya adalah dari aspek kerjasama dengan NGO. Organisasi bukan kerajaan boleh memainkan peranan dalam menyediakan sokongan tambahan untuk GPK. Sokongan sosial daripada mana-mana pihak akan dapat membantu memberi motivasi PEMBUDAYAAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI GURU PENDIDIKAN KHAS 04

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy