Kesejahteraan Psikologi dan Emosi
120 KOMPENDIUM REKOMENDASI POLISI KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI PERKHIDMATAN AWAM KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DAN EMOSI Berdasarkan analisis SWOT ( Strengths , Weaknesses , Opportunities , Threats ) seperti dalam Jadual 1 telah menunjukkan terdapat beberapa faktor yang menyebabkan GPK mengalami masalah kesejahteraan psikologi. Analisis yang pertama adalah dari segi dari segi kekuatan ( Strengths ). Terdapat empat faktor utama dari segi kekuatan ( Strengths ) iaitu dari aspek komitmen guru, yang mana GPK mempunyai dedikasi tinggi terhadap murid bekeperluan khas (MBK) yang sentiasa memerlukan perhatian dan bimbingan khusus. Seterusnya aspek kedua adalah dari segi latihan kepakaran. GPK sememangnya telah dilatih secara khusus untuk menguruskan MBK termasuk aspek pedagogi dan psikologi. Aspek kekuatan lain adalah dari segi sokongan dasar daripada Kementerian Pendidikan Malaysia itu sendiri yang telah menyediakan dasar-dasar seperti Pendidikan Inklusif dan Sekolah Pendidikan Khas untuk menyokong tugas mereka. Dasar- dasar sedia ada seperti ini sangat membantuGPK dalammelaksanakan tugas mengikut garis panduan yang tepat dan betul. Kekuatan lain yang dikenalpasti adalah dari segi hubungan positif dan erat antara GPK dengan MBK. Hubungan seperti ini boleh memberi kepuasan kerja dan motivasi intrinsik seterusnya boleh membawa kepada peningkatan dari segi kesejahteraan psikologi GPK. Jadual 1 : Faktor-faktor GPK mengalami masalah kesejahteraan psikologi Kekuatan ( Strengths ): • Komitmen Guru • Latihan Kepakaran • Sokongan Dasar Pendidikan • Hubungan Positif Kelemahan ( Weaknesses ): • Beban Kerja Berat • Kurang Sokongan Emosi • Sumber Terhad • Kurang Latihan Lanjutan Peluang ( Opportunities ): • Peningkatan Kesedaran • Kerjasama dengan NGO • Pembangunan Teknologi • Program Intervensi Awal Ancaman (Threats): • Stigma Sosial • Kekurangan Tenaga Pengajar • Pandemik atau Krisis Global • Ketidakstabilan Ekonomi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy